Bismillahirrahmanirahim..

Alhamdullilah setelah penulisan dalam blog ini berhenti  hampir 4bulan akhirnya dapat jua saya mengerahkan kudrat yang masih ada ini untuk menyambung perjuangan walaupun sedikit demi sedikit semangat ini menghilang.walau apa pun yang terjadi penulisan ini tetap akan diteruskan bagi merialisasikan cita-cita saya untuk menyampaikan maklumat yang mana pada hemat saya sangatlah bernilai pada kita umat islam khususnya.

InsyaAllah kita akan menyambung pelajaran kita yang mana masih lagi dibawah tajuk pembukaan Andalus fatrah pembukaannya.

 Setelah berjaya mendarat di tempat yang dibeari nama Tarifa,Tarif bin Malik bersama tenteranya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mempelajari dan mengkaji kawasan persekitaran yang didudukinya serta memecahkan kumpulan askarnya kepada beberapa kumpulan dan kawasan diantaranya Jabal Torik.Setelah semuanya di yakini aman maka diutusnya utusan kepada Musa menyatakan selamat dan sesuai untuk menyebarkan dakwah.

Maka setelah menerima reaksi positif daripada tarif bermulalah era pembukaan islam di bumi Andalus,langkah susulan yang dilakukan oleh Musa adalah menghantar panglima perang Barbar yang bernama Tarik bin Ziyad bersama tentera seramai 7000 orang dikalangan muslimin barbar dan tidak ada muslimin berbangsa arab melainkan dengan bilangan yang sangat sedikit.Tarik bin ziyad seorang berbangsa barbar dari kabilah Nafzah.Adapun si tarik ini sangat berpegang pada agama kuat akidahnya,mahir berperang serta mempunyai gaya kepimpinan yang terpuji.Kebanyakan catatan sejarah menyatakan maklumat mengenai latar belakang kehidupannya sukar didapati dan diperolehi.

 

Pada tahun itu juga angkatan tentera yang diketuai oleh Tarik mula menyeberangi ke Andalus menuju ke Tarifa daripada sebtah Morocco pada 5Rejab 92H.Didalam kitab ini ia mengetengahkan persoalan yang timbul mengenai kapal laut yang digunakan semasa  menyeberangi ke Andalus.Ini kerana ada yang mengatakan kapal yang digunakan adalah dari ehsan yulian.(wali sebtah)Walau apa pun menurut kitab ini pendapat yang paling rajih adalah kapal tersebut adalah buatan umat islam sendiri.Berikut adalah maklumat dan hujah yang digunakan dalam perbahasan diatas :

    1-Jelas bahawa umat islam telah mula membina kapal laut sejak dahulukala lagi,iaitu wujud beberapa markaz membina kapal laut seperti di Tunisia yang dibina Hasan Ibn Nukman Alqhasani (wali wilayah afrikiah 76-86H).Bahkan umat islam dikatakan pernah menceburi peperangan dilaut iaitu diperairan Tunisia pada tahun 33H atau 34H.

   2-Pada tahun 46H dizaman Muawiyah bin hudaij wali Afriqiah ketika itu mempunyai angkatan tentera laut dan juga 100buah kapal digunakan untuk membuka kepulauan Siqiliah yang terletak di utara Tunisia.( Siqiliah-selatan Itali)

   3-Selain itu pada tahun 63H Ukbah bin Nafikh ketika mana memperluaskan wilayah Afriqiah beliau telah membuka kota Tangier dan disana juga dibina pelabuhan untuk kapal.

Jika diimbaskan kembali sesungguhnya Tarif bin Malik telah menggunakan 4buah kapal bersamanya 500 orang askar untuk menyeberangi selat ke Andalus.Dan ke empat-empat buah kapal itu juga digunakan oleh Tarik bin Ziad bersamanya 7000 orang askar untuk menyeberangi ke Andalus.Permasaalahan yang timbul disini bukanlah mengenai bilangan askar akan tetapi ia berkaitan dengan bilangan kapal yang digunakan.Adakah kapal yang digunakan oleh umat islam ketika itu dari ciptaan umat islam sendiri ataupun ianya milik Yulian yang dipinjamkan kepada umat islam.(Lihat episode terdahulu untuk mengimbas kisah kenapa Yulian menggalakkan musa bin Nusair menyerang Andalus).

Harus kita ketahui bahawa Jabal Tarik sebuah pulau yang kecil yang mana pulau tersebut terdapatnya sebuah bukit yang sangat tinggi.Diberi nama tersebut bagi menghargai ketokohan dan kewibawaan kepahlawanan Tarik ketika memimpin angkatan perangnya.Sebelum diberikan nama tersebut ia lebih dikenali Jabal Kali (bukit Kali,Mons Calpe) selain itu ia juga dikenali Jabal Atila (Bukit Atila).Akan tetapi pulau tersebut sekarang ini lebih dikenali sebagai Gibraltar yang mana ia berada dibawah kekuasaan british,bagi kita umat islam Jabal Torik itu meninggalkan banyak tinggalan sejarah yang mana ia sangat-sangat bernilai untuk diamati.

 

Bersambung…………….

Assalamualaikum kepada penjenguk setia blog ini,saya ingin memohon maaf kerana pengisian blog ini berkemungkinan akan tertangguh sehingga 3/4 bulan kerana insyaAllah saya akan bercuti ke………..

InsyaAllah sekembalinya saya daripada bercuti,saya akan cuba meneruskan dan memaparkan kisah-kisah sejarah yang mantap bagi tatapan kita semua.

Sekian

 

Pembukaan Islam

Didalam catatan sejarah dinyatakan bahawa kestabilan dan keteguhan kerajaan islam dibumi Andalus ini hanya mampu bertahan selama 8 kurun semenjak pembukaannya yang dipimpin oleh Torik bin Ziyad dan Musa bin Nusair pada tahun 92H ( 711M ) sehingga jatuhnya kerajaan islam Qordoba pada tahun 897H ( 1492M ).Telah berlalu bumi Andalus diantara kemenangan dan kekalahan kegembiraan dan kesedihan suka duka yang tidak dapat dipisahkan. 

Musa bin Nusair.Beliau di lahirkan di Syam pada tahun 19 H pada zaman khalifah Omar.Adapun dikatakan beliau menghabiskan masa kecilnya dengan mempelajari ilmu peperangan,tomoi ke silat ke wallahualam.Beliau diiktiraf diantara panglima-panglima perang islam yang hebat.Gerakan dakwah dalam menyebarkan agama islam adalah satu perkara penting selepas kewafatan nabi Muhammad SAW.Pemerintah selepasnya sentiasa menekan diantara kelebihan berjihad didalam agama.

Afrika utara ( Ifriqiah ) ialah satu nama yang masyur satu ketika dahulu,ianya terdiri daripada Mesir,Libya,Tunisia,Jazair dan Morocco.Kawasan-kawasan tersebut memang tidak akan leka daripada peperangan dan ketidakstabilan politik.Kehebatan Musa bin Nusair benar-benar teruji apabila berhadapan dengan pelbagai kabilah dibenua afrika ini yang mana keimanan mereka hanya lakonan semata-mata.Ini kerana setelah berjayanya menyebarnya islam dikawasan ini tentera-tentera islam yang terdahulu (awal pembukaan) terlalu yakin dan terus menerus dalam menyebarkan agama Allah .Ini lah diantara kesilapan yang tanpa disedari yang dilakukan oleh mereka yang mana pendakwah-pendakwah dan golongan alim yang dihantar tidak berupaya untuk mengawal dan mempertahankan akidah mereka ditambahkan lagi bilangan mereka yang sedikit.

 

Dengan membekalkan obor agama,semangat jihad dan keghairahan berkorban untuk agama,tentera islam yang diketuai oleh Musa bin Nusair telah berjaya menundukkan afrika barat ini dengan berjaya akan tetapi masih tinggal wilayah masih belum ditundukkan iaitu wilayah Sebtah ( ceuta ) yang terletak di utara negara maghribi ketika ini.Adapun pada zaman tersebut wilayah Sebtah dibawah taklukan pemerintah dari sepanyol yang bernama Luzrik dan wali yang menjaga Sebtah bernama Julian. 

Fikrah Pembukaan.

Mungkin disini boleh kita katakan bahawa fikrah memasuki ke semenangjung iberia adalah fikrah islam semata-mata (penyebaran islam ).Riwayat dicatat fikrah ini muncul sejak zaman khalifah Osman bin Affan lagi iaitu panglima perang islam ketika itu oukbah bin Nafiq pernah menyatakan keinginannya untuk menyeberangi ke sepanyol sekiranya berupaya.Sebenarnya jika dikaji terlalu banyak catatan sejarah yang bercanggah dan berbeza maklumat.Rasa tidak salahnya jika saya bicarakan serba sedikit mengenainya.Catatan sejarah ada menyatakan orang muslimin yang terawal sampai di tanah andalus ialah anak kepada oukbah bin Nafiq serta beberapa orang yang lain.Mereka telah menyeberangi ke Iberia tetapi hanya dikawasan pantai disebelah timur,ada juga yang menyatakan telah sampai di beberapa pulau disebelah timur seperti islas baleares,mallorca,Ibeza dan lain.walau apa pun ini hanyalah catatan sejarah kebenarannya wallauaklam.  

 

 Taat kepada pemerintah memang,itulah pujian yang harus dibanggakan kepada panglima-panglima perang islam dizaman Tibie wa tabie,sebelum melaksanakan keinginannya ( Musa bin Nusair ) untuk menjelajah hingga ke bumi Andalus beliau terlebih dahulu menyatakan hasratnya kepada khalifah ketika itu Al Walid bin warwan ( 86H-96H )  akan tetapi tidak dipersetujui oleh Al Walid kerana beliau sangat bimbangkan keselamatan para tentera-tentera islam ketika mana melalui jalan laut.Bagi beliau jika sesuatu terjadi kepada mereka dilaut maka dianggap mereka gugur dengan tidak berbaloi.Akan tetapi Musa dapat memujuk dan meyakinkan khalifah Al Walid dan seterusnya membenarkan penjelajahan ini.

 

Sebenarnya keinginan beliau ini didorong oleh pujukan daripada wali Sebtah ( Julian ).Ada sejarah menyatakan Julian sendiri telah pergi berjumpa dengan Musa dan ada yang mengatakan bahawa si Musa itu yang pergi mengadap Julian.Walau apa pun yang dikatakan disini boleh kita rumuskan sendiri daripada kisah yang akan saya bawa selepas ini.Julian mempunyai seorang anak perempuan yang sangat cantik wajahnya dan minatnya pada ilmu sangat tinggi.Maka pada satu hari perginya anak Julian ini ke bumi Andalus iaitu kawasan kekuasaan Luzrik dengan sebab untuk mempelajari ilmu dan terjadi perkara yang sangat mendukacita Julian kerana anak perempuannya dirogol oleh bosnya sendiri iaitu Luzrik.

Maka disini lah diambil kesempatannya untuk membalas dendam pada bosnya itu dengan menghasut Musa bin Nusair supaya menakluki bumi Andalus,ditambahkan lagi Andalus memang terkenal dengan tanah yang subur udara yang baik ( tanah kehijauan )

Pada bulan ramadhan 91H bersamaan 710 M telah menghantar Musa bin Nusair sepasukan tentera rahsia ke selatan selat Iberia yang dianggotai seramai lebih kurang 400@500 orang dikalangan tentera berkuda dan tentera biasa.Misi ini diketuai oleh Tarif bin Malik ataupun gelarannya Abi Zur’ ah muslim daripada suku Barbar.Maka tempat pertama yang menjadi pendaratan pasukan ini ialah di Tarifa iaitu terletak diselatan selat.Sehingga kini nama itu masih kekal.

 

 

 

Bersambung……………………

Assalamualaikum W.B.T

Tiada ungkapan yang mampu dilafazkan,tiada kata yang mampu perkatakan melainkan makluman ini hehe..(Mintak maaf yang teramat kepada pembaca kerana pengisian dalam blog ini terpaksa diberhentikan buat sementara waktu kerana penulis terpaksa berhumpas pulas untuk persediaan peperiksaan.)

Memandangkan sekarang saya sedang menempuhi bulan peperiksaan,mungkin pengisian didalam blog ini tidak serancak sepertimana sesebelum ini.Walau apa pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca setia blog ini terutamanya blogger gaharuemas,Alhammasiyy,Attalidi.irsanuka,Pok cek solomon,waliuddin ispania serta mereka yang banyak memberikan respon yang membina tidak kira samada persoalan yang berbangkit ataupun kenyataan yang bercanggah.

InsyaAllah kalau tidak ada arah yang melintang Blog ini akan terus beroperasi seperti biasa selepas 1bulan dari sekarang dalam menyumbangkan maklumat-maklumat yang berguna ( sejarah ) terutamanya mereka yang berminat dalam menguasai ilmu sejarah.

sekian.

 

Asal perkataan andalus diambil daripada kabilah ( Vandals ) iaitu kabilah yang berasal daripada  Jermani.Menjajah dan menetap di kepulauan Iberian sekitar kurun ke 3,4 dan kurun ke 5M.Diberi nama Vandalusia iaitu negara Vandals.Akan tetapi masyarakat arab memanggilnya Andalus,Adapun dikalangan ahli sejarah menyatakan Andalus adalah keseluruhan negara sepanyol (hingga Barcelona) dan negara Portugal ketika ini dan pendapat yang rojih bagi saya,sempadan bagi Andalus adalah selatan sepanyol dan Portugal.

Ada juga ahli sejarah menyatakan apa yang dimaksudkan dengan bumi andalus adalah kawasan islamiah yang mana pernah diperintah dan diduduki oleh orang islam dikepualauan Iberian.Pada hari ini,saat ini kerajaan Sepanyol telah menetapkan bahawa sempadan bagi wilayah Andalus adalah di selatan negara itu. Kesan sejarah memang tidak dapat dihapuskan dan bagi pemerintah Sepanyol mereka mengambil langkah yang sangat bijak iaitu menukarkan sesetengah nama tempat daripada perkataan arabiah kepada bahasa Sepanyol,contohnya Andalucia.Bagi saya bahasa itu melambangkan ketamadunan sesuatu bangsa itu..

Sehingga kini kita dapat melihat kesan-kesan sejarah yang masih dikekalkan keistimewaannya seperti kesenian dalam ukiran yang mana masih terdapat di wilayah Qordoba, Granada,Seville dan wilayah Andalus khususnya.  

PEMBUKAAN MAGHRIB ARABI

 Sesungguhnya telah tunduk masyarakat arab barat terhadap agama Allah iaitu islam akan tetapi keimanan mereka dipermulaan penngenalan islam bak bagaikan permainan layang-layang,turun naik dan ada yang sampai ke peringkat murtad.Kita semua ketahui tersebarnya islam melalui kegiatan dakwah dihantar pendakwah yang berkebolehan dalam berkhutbah,berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama dan mempunyai kriteria yang terpuji bagi menarik manusia pada agama Allah.Disamping menghantar pendakwah diiringi bersamanya angkatan tentera,ini sebagai langkah berjaga-jaga,ada pepatah mengatakan didalam kekerasan ada kelembutan dan begitu lah sebaliknya.

Contoh yang ingin saya bawakan disini adalah mengenai kemahuan dan  keinginan salah seorang tabie yang ingin menyebarkan risalah islam ke wilayah barat.Beliau adalah oukbah bin nafik alfihri yang sempat meriwayatkan hadis daripada abdullah Ibn Umar.Beliau telah bernazar dan menjual dirinya pada jalan agama.Kesungguhan beliau untuk menerokai benua afrika barat ini ternyata berbaloi dengan segala pengorbanan bersama angkatan tenteranya mereka telah sampai hingga ke (syati muhit atlas) iaitu laut atlantik atau lebih dikenali (bahar zolamat) laut hitam.

Hinggakan apabila ingin kembali ke ibu negara afrika di Qairawan beliau bersama tenteranya memilih jalan Atlas sohara iaitu melalui jalan padang pasir.Kebijaksaan beliau dalam pengatur taktik peperangan dan pegangan akidah yang kuat berjaya meruntuhkan dan menjatuhkan pemerintahan yang sedia ada seperti kaum Barbar dan Roman yang terlebih dahulu menguasai sebahagian kawasan dibenua afrika barat.Ada sumber sejarah menyatakan tentera islam yang dipimpin oukbah bin nafik hanyalah 800 tentera berkuda yang mana pembukaan ini mengambil masa hampir-hampir 70 tahun iaitu bermula dari tahun 23 H hingga 89 H..Setelah berlalunya zaman oukbah bin nafik maka muncullah pula zaman kegemilangan Musa bin Nusair dalam terus memimpin masyarakat islam di afrika barat ini.

 

 

Bersambung………..

ANDALUS SEBELUM PEMBUKAANNYA

 

 

Hampir 1minggu blog ini tidak diisi dan ditulis atas sebab kesibukan.Biasa la  masih belajar.(minggu peperiksaaan) walaubagaimana pun pendidikan sejarah tidak pernah dilupakan untuk tatapan kita semua.       

InsyaAllah didalam bahagian yang pertama ini kita akan membincangkan mengenai Andalus sebelum pembukaannya dan pengenalan negara Maghribi amnya dan andalus secara khususnya.

Sebelum penaklukan  islam di semenanjung Iberian (Spain & Portugal ) ia terletak  dibawah kekuasaan Visigoths iaitu pecahan dari suku Goth yang memenangi peperangan dengan bangsa Rom.Kemudian suku ini mula berpecah kepada dua ( Visigoths dan Ostrogoth ) Penjajahan  suku ini di kepulauan Iberian bermula pada awal kurun ke 5 masihi iaitu selepas menghalau  dan mengusir  suku Vandals iaitu salah satu kabilah ( puak ) jerman.Penguasaan suku Visigoth ini mula berkembang hingga ke afrika utara setelah mengalahkan roman 534 M.Tempoh pemerintahan vandals di semenanjung Iberian  bermula semenjak kurun ke 3 hingga ke kurun ke 5.InsyaAllah kita akan membincangkan bagaimana asal usul perkataan Andalus dibab yang akan datang.

 

 

Menurut Dr Abdul Rahman Ali ( pengkaji sejarah islam universiti Kuwait ) pemerintahan suku Visigoth dalam pemerintahannya bersifat dikhator,iaitu keadaan  politik yang teruk dan  tidak memberikan sebarang manfaat dan kehidupan rakyatnya yang huru hara. Adapun ketika ini wujudnya system hiraki iaitu system perbezaan taraf hidup diantara golongan-golongan yang tertentu.Contohnya system kehakiman dikuasai oleh golongan bangsawan begitu lah juga golongan yang lain seperti golongan agama,peniaga dan hamba abdi.

Disini kita dapat lihat bagaimana keadaan Sepanyol sebelum kedatangan islam,keadaan masyarakatnya yang kacau bilau,ekonomi yang lembab terumbang ambing,politik yang tidak stabil,akan tetapi ini tidak bermakna pemerintah tidak mampu membina kekuatan pertahanan yang kuat.( ? )

Perkara ini perlu kita akui bahawa pengaruh politik dan kuasa ketenteraan amat la perlu dalam menguasai sesuatu negara,inilah yang berlaku sejak zaman berzaman hinggalah sekarang.Tanpa kekuatan ketenteraan tidak mungkin sesuatu negara itu dapat mengekalkan kuasa pemerintahan dan mengembangkan pengaruhnya.Mungkin kita dapat mengambil contoh kecemerlangan dan kehebatan tentera tartar dalam memerangi negara islam satu ketika dahulu.

Didalam menawan dan menakluki sesuatu negara sedar atau tidak perkembangan bahasa juga bergerak seiring maju menguasai wilayah yang diduduki.Sejarah ini dapat dibuktikan bahawa bahasa Indo eropah,Austronesia dan bahasa melayu merupakan kumpulan bahasa yang maju pada era masing-masing.Bahasa eropah seperti bahasa Greek dan Latin pernah menjadi bahasa utama dunia pada zaman gangsa.Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca iaitu bahasa perantaraan ketika zaman kegemilangan Srivijaya dan Melaka.

  

Apabila disebut peperangan khususnya semestinya ia memerlukan kekuatan ketenteraan.Adapun bagi umat islam dizaman dahulu,aktiviti ketenteraan sangat perlu bagi memperluaskan ataupun membawa cahaya rabbani kepada manusia supaya tertegaknya kalimah Allah diatas muka bumi ini.Mengenal sang pencipta yang menciptakan makhluk dan menegakkan keadilan.

Allah telah memberikan ganjaran kepada hambanya sang pendakwah yang menyebarkan islam,membuka ruang membuktikan kebenaran dihati hati.Kesempatan ini yang diambil oleh masyarakat islam khususnya bangsa arab.Sebenarnya aktiviti berdakwah ini telah bermula sejak zaman nabi Muhammad SAW kemudian diteruskan oleh khalifah-khalifah selepasnya,seperti umar al khattab yang berjaya membuka Mesir hingga lah ke akhirnya.

 

 

PEMBUKAAN MAGHRIB ARABI….

 

Bersambung…….

 

Insyaallah dengan pengetahuan yang ada,empunya badan ini terasa ingin berkongsi maklumat dengan para pembaca setia mengenai sejarah bumi Andalus.Saya akan cuba memberikan sedikit pengenalan mengenai bumi ini dari awal pembukaannya hingga lah ketika ini.Semoga tulisan ini mampu memberikan satu kelainan ataupun faedah yang berguna pada pembaca Blog ini.

Sebelum membicarakannya dengan lebih lanjut saya akan cuba membahagikan kronologi sejarah andalus yang mana saya fikir ia amatlah penting sebagai maklumat awal bagi memberikan gambaran awal apa yang akan saya bawa.

 

  1. Andalus sebelum pembukaannya (zaman eropah)
  2. Pembukaan andalus ( Islam )
  3. Kerajaan Umayah di Andalus
  4. Kerajaan Towaif ( Berpuak )
  5. Kerajaan Al-Murabitin
  6. Kerajaan Al Muwahidin
  7. Kejatuhan Al andalus – ( Bani Marin ) -Kerajaan Ghurnatoh (Qordoba)

 

Bersambung…………

 

                                                                                                                

 

Tergerak di hati untuk menziarahi bandar Fes Morocco.Impian untuk mengkaji serta menerokai sejarah perkembangan islam di bumi Morocco ini mula menampakkan hasil.Minat dan semangat semakin berkembang kuat seolah-olah seperti sejenis tumbuhan yang mulai membesar tanpa mempedulikan keadaan persekitaran.

Memang betul setiap perkara ada penentunya,niat untuk mengetahui tempat bersejarah akhirnya dimakbulkan tuhan,secara kebetulan pada 2april 2008 adalah hari bermakna kerana dapat menghadiri majlis penganugerahan PHD kepada ustaz madani dari thailand kerana kejayaannya memperolehi pangkat DR dalam pengajian islam.Boleh layari http://gaharuemas.wordpress.com/.

Menjejaknya kaki di bumi Fes pada kali ini adalah satu azam yang berlainan dari sebelumnya,kedatangan kali ini bukanlah untuk melancong ataupun sekadar berjalan-jalan akan tetapi cuba merealisasikan matlamat yang satu iaitu mengkaji sejarah Fes.

Dengan ditemani oleh 2orang ustaz dari Thailand termasuk ustaz Madani yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi mengenai sejarah fes,saya cuba menggunakan peluang yang terhidang ini dengan sebaiknya.Pengembaraan kami bermula di atas bukit berdekatan kawasan perkuburan ahli keluarga Maulai Idris (Adarisah) iaitu ada pendapat ahli sejarah mengatakan pemerintahan dinasti ini bermula semenjak kedatangan arab timur ke barat bagi membuka Andalus.Dari sini kita dapat melihat dan menggambarkan kedudukan kota Fes seluruhnya.Kota ini terdiri daripada kota lama iatu kota di awal pemerintahan dan kota baru dibuka oleh penjajah perancis.Apa yang menarik diantara 2 kota ini tersergam indah istana Muhammad 6.(pemerintah sekarang dari dinasti Alawiyin).

 

 

Mungkin disini boleh saya menjelaskan serba sedikit mengenai sejarah perkembangan Fes.Ia mula menjadi tumpuan masyarakat arab barat semenjak pembukaan masjid Qurawiyin oleh pemerintah Qairawan dari Tunisia.Keikhlasan dan keteguhan keluarga ini dalam menyebarkan islam terbukti apabila pemerintah Qairawan telah menghantar 2orang anak perempuannya bagi mengetuai misi ini.Maka dibina masjid Qurawiyin 245H/859M oleh Fatimah Alfehriah anak (1) dan masjid Andalus Maryam anak (2).Kota bersejarah Fes ataupun lebih dikenali sebagai madinah kodimah (bandar lama) merupakan satu tempat terkenal perkembangan ilmu islam dizaman dahulu kala.Antara tokoh terkenal yang sempat belajar disini ialah Ibn Khaldun,Ibn rush,syaikh attijani,Abu Bakar Ibn Arabi,Tilmisani dan lain-lain lagi.

 

Kota ini terdiri daripada 45 buah pintu  dan ia dibina bagi memantapkan benteng kota lama ini,diantara pintu yang masih tersenggam indah hingga kini adalah (bab) pintu janud Laila dan bab maftuh.Sementara itu perkembangan islam di bumi Fes ini bukanlah hanya bergantung semata-mata pada masjid Qurawiyin akan tetapi perkembangan institusi pondok dan madrasah quraniah (maahad tahfiz quran) juga memainkan peranannya.

 

 

Tersebarnya institusi pondok di wilayah ini begitu pesat,ini kerana keazaman,keimanan dan pegangan akidah masyarakat islam pada ketika ini begitu kuat.Keazaman berdakwah dijalankan melalui sistem pondok yang mana hampir 20 pondok didirikan antaranya pondok Alfasiah,Attijaniah,sudiah,Addarkowiyah dan lain-lain lagi.Hingga kini ada daripada pondok-pondok ini masih kekal berfungsi.

Pada bulan 3 tahun 2008 genap lah 12 kurun kemegahan masjid Qurawiyin.Tempat terulung penyebaran ilmu bagi masyarakat arab barat ini masih mengekalkan fungsinya hingga kini.Amat lah rugi bagi mereka yang telah berada di bumi  Morocco ini tidak mengetahui,mendalami dan menghayati kesan-kesan sejarah islam ini.  

 Adus rupanya-rupanya dah berjela dah saya tulis walau ape pun setakat ini sahaja pengenalan Fes untuk pembaca semua.Kalau ada salah silap fakta teguran dipohon, sebarang pertanyaan dan cadangan dialukan.

Sabar penghilang penat, tekun pembawa berkat.

 

Mengapa Belajar Sejarah

Terasa ingin mengkaji  apa itu sejarah.Adakah ia satu mata pelajaran tambahan  di sekolah,sekadar memenuhi ataupun memperbanyakkan mata pelajaran di pusat-pusat pengajian.Terdetik difikiran ketika mana di zaman persekolahan,kemahuan untuk mengetahui sesuatu cerita amat tinggi akan tetapi masalah untuk mendapatkannya terlalu banyak halangan dan ujian yang perlu ditempuhi.Entah kenapa kita ni begitu susah untuk melawan benda-benda buruk dalam diri kita.Teringat ceramah Tok Guru Nik Aziz yang mana masih diingatan beliau  ada mengatakan mengenai kehidupan  manusia (ruh)dan nafsu.Kedua-dua benda ini diperumpamakan seperti  lelaki dan perempuan.Memang tidak dapat dinafikankan,ianya adalah benda asasi yang tidak dapat ditolak salah satunya.Maka melalui islam sahajalah ia dapat dikawal.Jadi tidak ada sebab mengapa manusia perlu menolak agama islam

Berbalik kepada perkara yang ingin saya bicarakan disini iaitu tujuan mempelajari dan mengetahui sejarah.mungkin disini  boleh saya berkongsi pandangan.

Sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan sejarah.Bagi saya mudah sahaja,sejarah ialah satu bentuk cerita lama yang telah belaku samada ia realiti mahupun fantasi.Ilmu sejarah bagi pengamatan saya ia merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu yang amat berguna pada manusia umumnya.Kemanisan ilmu ini dapat dicapai apabila kita betul-betul  menghayati sesuatu perkara yang ingin kita ketahui,melihat padanya dan seterusnya mendapat faedah mengenainya.Mungkin ada dikalangan kita hanya mengetahui ataupun hanya menitikberatkan kepada sejarah nabi-nabi,sejarah rasulullah akan tetapi bagaimana dengan zaman selepasnya (zaman kini), perlu diketahui bahawasanya ilmu sejarah ini tidak akan kehabisan selagi mana dunia ini belum akhirat.
Ada sesetengah pihak cuba mempersendakan cabang ilmu ini bagi mereka tidak ada gunanya belajar sejarah,baca-baca lupa..bukan mendapat faedah pun.Sebenarnya persepsi ini perlu diubah dan seharusnya kita perlu memandang maju kehadapan.Sedar atau tidak ilmu ini dapat mematangkan diri kita,fikiran kita seterusnya dapat menggerakkan hati naluri agar sentiasa bersemangat untuk menghadapi dan mengharungi liku-liku mendatang. 
 InsyaAllah jika diberi ruang saya akan cuba mengupas mengenai sejarah Morocco,Andalus @ islam di sepanyol dan sejarah Palestin.  

 

 

 

InsyaAllah artikel  pertama saya ini akan membicarakan tentang istiqamah.Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istiqamah.Istiqamah bermaksud menuruti jalan yang lurus ataupun kembali kepada tempatnya.Bagi penganut agama islam istiqamah ini menyusul selepas kita beriman kepada Allah ini kerana iman adalah asas ataupun tiang kepada istiqamah itu sendiri.

Istiqamah dengan kata lain adalah iltizam,keazaman dalam melakukan sesuatu yang baru disamping meninggalkan benda yang telah lalu.Bagi masyarakat islam istiqamah ataupun iltizam sangatlah dituntut dalam pegangan akidah samada ia berkaitan dengan peribadatan, perlakuan, perhubungan tanpa terikat dengan mana-mana unsur.contohnya umat islam tidak sepatutnya menunggu tibanya bulan ramadhan untuk melakukan amal ibadat ini kerana amal ibadah dalam islam adalah sepanjang zaman tanpa terikat dengan mana-mana bulan.

Disini barangkali kita dapat mengambil ikhtibar daripada kisah-kisah para sahabat sebagaimana keazaman mereka dalam melakukan ibadat khususnya di bulan barakah.Keresahan jelas tergambar diwajah mereka kerana tempoh yang dijanjikan oleh Allah akan meninggalkan mereka.

Para ulamak bersepakat bahawasanya istiqamah itu dapat dikenal pasti menerusi penyerahan diri pada sesuatu perkara samada melalui zahir mahupun batin.Sementara itu bagaimakah istiqamah melalui batin?Beristiqamah melalui batin berkatan dengan sapek ketuhanan dalam mentauhidkan keesaan Allah,bertaqwa kepadanya beriman kepadanya,takut pada ancamannya serta mengharapkan keredoannya.

Mudah-mudahan kita mampu mengekalkan istiqamah dan keazaman kita dalam sesuatu perkara dan juga menjauhi daripada perkara yang melalaikan diri.Semoga kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa.