Unit kaunseling bantu tangani masalah rakyat

KOTA BHARU, 21 Julai Kerajaan Kelantan sentiasa menggunakan pendekatan berkebajikan bagi memastikan rakyat yang kurang bernasib baik mendapat pembelaan sewajarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, bagi menangani masalah mereka kerajaan negeri juga akan mewujudkan unit kaunseling.

Katanya, unit tersebut akan dikelolakan pakar-pakar kaunseling secara bergilir-gilir.

“Unit tersebut begitu penting memandangkan masalah rumahtangga, gejala sosial, ekonomi keluarga dan pelbagai lagi kini berada di tahap membimbangkan.

“Oleh itu tenaga pakar yang mahir dalam bidang kaunseling dapat memberi nasihat kepada mereka bagi mengurangkan bebanan dihadapi,” katanya di sini.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sentiasa berusaha memastikan bekalan air bersih dapat dibekalkan kepada rakyat di seluruh Kelantan.

Katanya juga, kaedah bagi mengurangkan pembaziran air melalui penambahbaikan batang paip serta meningkatkan kapasiti loji-loji air sedang dijalankan. – mj

Kelantan aktif semula Jawatankuasa Pembangunan Ummah

KOTA BHARU, 21 Julai - Permohonan ubah syarat tanah di Kelantan perlu dipohon melalui Pihak Berkuasa Tempatan terlebih sebelum diajukan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri tidak akan meluluskan sewenang-wenangnya permohonan ubah syarat tanah pertanian kepada status lain kecuali pembinaan rumah atau sekolah sahaja.

Katanya, kerajaan negeri tidak akan meluluskan sewenang-wenangnya ubah syarat tanah bagi memastikan keluasan tanah pertanian dikekalkan.

Beliau juga berkata, kerajaan mengingatkan rakyat supaya mengubah syarat tanah terlebih dahulu sebelum membuat rumah di atas tanah pertanian.

“Ini kerana sekiranya tanah mereka yang terletak di tepi jalan terlibat dengan projek pembangunan pampasan dibayar kepada nilaian tanah sahaja.

“Kerajaan tidak akan membayar pampasan rumah kerana mengikut geran asal tanah berkenaan hanya tanah pertanian,” ujarnya ketika ditemui di sini.

Timbalan Menteri Besar juga berkata, kerajaan negeri akan menghidupkan semula peranan Jawatankuasa Pembangunan Ummah Mukim yang pernah diwujudkan sebelum ini.

Katanya, kerajaan akan membuat kajian yang terperinci supaya peranan jawatankuasa itu lebih berkesan dan menepati matlamat penubuhannya.

Mengenai prestasi penghulu, kata beliau kerajaan negeri akan menganjurkan kursus untuk meningkatkan pengetahuan mereka.

Sementara itu anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, bidang ICT dapat membantu golongan pendakwah menyampaikan mesej Islam kepada golongan muda.

“Setakat ini laman web dan perisian agama begitu kurang jika nak dibandingkan dengan laman-laman lucah serta tidak bermoral,” ujarnya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM750,000 untuk menjayakan program pembangunan ICT Desa tahun lalu. -


Kota Bharu bakal dikenali ‘Wi-Fi City’
KOTA BHARU, 4 Nov - Kota Bharu kini melangkah setapak lagi ke arah memperkenalkan perkhidmatan Wi-Fi (akses internet tanpa wayar) secara percuma, kata anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan.
Beliau berkata, sebuah konsultan yang dilantik sedang mengkaji sejauh mana kemampuan perkhidmatan Wi-Fi dapat dilaksanakan di Kota Bharu bagi kemudahan orang ramai mengakses internet.
“Malah Kota Bharu mungkin bandar pertama di negeri ini yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma, biar pun Pulau Pinang juga sudah mengisytihar kemudahan internet percuma.
“Wi-Fi City bukan sekadar mahu Kota Bharu dikenali dengan pelbagai panggilan seperti Kota Budaya atau sebagainya, tetapi Wi-Fi merupakan satu program baru yang dirancang kerajaan negeri,” katanya di sini.
Menurutnya sekarang beberapa tempat sudah dapat diakses internet secara percuma antaranya kompleks Kota Darulnaim, hotel-hotel dan restoran-restoran makanan segera.
Beliau berkata internet turut menyumbang kepada gejala negetif sekiranya pengguna sengaja mengakses kepada laman-laman web yang tidak bermanaat.
“Jika keadaan itu tidak ditangani dengan betul menyebabkan masyarakat menjadi porak-peranda terutama membabitkan perilaku seksual dan jenayah termasuk di kalangan remaja.
“Teknologi maklumat memberi kesan amat besar kepada status sosial, budaya dan kegiatan ekonomi rakyat,” katanya.
Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi menjelaskan kerajaan negeri sentiasa mengikuti perkembangan bidang sains dan teknologi.
Mulai Khamis ini akan berlangsung Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri 2008 bertempat di Balai Islam. Karnival itu diadakan sehingga 9 November.
Beliau juga berharap media nasional turut melaporkan secara jujur program-program yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi membolehkan lebih ramai lagi rakyat mengetahui perkembangan yang berlaku. – mj _

Pusat hub halal bernilai RM10.7 juta di Kelantan

PENGKALAN CHEPA, 3 Nov – Hasrat kerajaan negeri menjadikan Kelantan lokasi hub halal utama di negara ini hampir menjadi kenyataan apabila kawasan perindustrian berasaskan produk halal diwujudkan.

Pusat pengeluaran produk makanan halal berasaskan buah-buahan dibina di sini membabitkan kos sebanyak RM10.7 juta melalui peruntukan kerajaan pusat bagi Rancangan Malaysia Kesembilan.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dipertanggungjawab membangunkan taman hub halal tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Wan Yahya Wan Salleh berkata, kawasan perindustrian Pengkalan Chepa II akan menjadi pusat pengeluaran puri, jus, kerepek ubi dan pisang serta sos.

“Manakala berasaskan reroti menghasilkan roti dan kek. Bagi makanan sejuk beku pula karipap, pau, roti canai, donut dan martabat,” katanya ketika mengadakan lawatan bersama media ke kawasan industri tersebut, petang ini.

PKINK mengubahsuai deretan bangunan yang tidak digunapakai melibatkan kos sebanyak RM5.2 juta bagi menyediakan prasarana dengan memenuhi syarat-syarat pengeluaran sijil halal.

Menurutnya, dari segi pembelian peralatan dan mesin ia dibuat melalui tender terbuka, di mana dua syarikat dipilih iaitu Datari (M) Sdn Bhd dan Maju Megasama Sdn Bhd bagi membekalkan peralatan melibatkan kos RM5.5 juta.

Seramai 9 pengusaha dipilih bagi projek perintis produk halal tersebut. – mj _

Hotel Perdana dijual RM34 juta kepada PNB

KOTA BHARU, 26 Okt – Kerajaan Negeri mengambil langkah menjual Hotel Perdana memandangkan perniagaan perhotelan bukan lagi menjadi teras kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato’ Husam Musa berkata, PKINK sebelum ini hanya menjadi perintis kepada industri perhotelan memandangkan ketika itu industri tersebut belum berkembang di Kelantan.

Bagaimanapun katanya, hari ini sudah banyak hotel berkelas bintang yang wujud di Kota Bharu termasuk Hotel Renaisance yang mempunyai taraf hampir lima bintang.

“PKINK hanyalah menjadi perintis menyediakan kemudahan tersebut bagi peringkat awal.

“Bagaimanapun sekarang sudah banyak hotel bertaraf bintang ada di sini menyebabkan industri perhotelan tidak lagi menjadi tumpuan kepada perniagaan PKINK,” katanya menjawab soalan Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) pada persidangan Dun hari ini.

Lagi pun tambahnya, PKINK perlu menyuntik lebih banyak dana bagi meningkatkan taraf hotel tersebut supaya lebih berdaya saing.

Katanya, Hotel Perdana dijual dengan harga RM34 juta kepada Perbadanan Nasional Berhad (PNB), sebuah syarikat milik kerajaan persekutuan yang begitu dikenali.

Beliau berkata, PKINK menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam bidang asas perniagaan strategik PKINK termasuk sektor hartanah.

Husam juga berkata, sejumlah RM 4.1 juta daripada bayaran yang diterima digunakan untuk membayar pampasan kepada seramai 170 kakitangan hotel yang diberhentikan.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut seramai 24 orang telah mendapat pekerjaan baru.

“Bekas-bekas pekerja juga akan diberi keutamaan oleh PNB untuk diambil sebagai kakitangan hotel baru yang akan beroperasi.

“Hotel baru itu akan dibina PNB setinggi 11 tingkat dan semestinya memerlukan kakitangan yang ramai.” ujarnya. – mj _ HARAKAH

MB Kelantan mahu mat rempit dididik jadi imam

KOTA BHARU, 8 Julai (Hrkh) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disaran memasukkan silibus kesedaran menghargai jiwa sebelum mengeluarkan lesen memandu kepada seseorang pemohon baru.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, melalui cara itu diharap setiap pemilik lesen baru menjaga nyawa yang dikurniakan Allah ketika berada di jalan raya dan bukannya merempit sesuka hati.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam.

Kata beliau nyawa adalah kurniaan Allah kepada setiap hambaNya dan ia tidak boleh dibeli atau dipinjam kepada sesiapa pun.

�Jadi kerana itu dicadangkan pada pihak JPJ supaya mengadakan peringatan atau tazkirah kepada pelatih baru sewaktu mengikuti kursus latihan memandu untuk mendapatkan lesen.

�Tak ada gunanya apabila seseorang itu mendapatkan lesen, namun dalam masa yang sama tidak menghargai nyawa sebaliknya merempit sana sini,� ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta bagi membina litar lumba di Batu 4 Tanah Merah sebagai usaha mendidik mereka menghormati nyawa kurniaan Allah.

Menurutnya tidak salah memberi peluang anak-anak muda berlumba, namun dalam masa yang sama mendidik mereka kepada cara kehidupan Islam.

�Amat baik sekali wujudkan imam solat di kalangan mat-mat rempit, biar sesama mereka jadi imam solat,� ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan akan mengambil perhatian khusus terhadap cadangan mewujudkan litar lumba di peringkat jajahan.

Katanya, bagaimanapun pihak kerajaan akan meneliti sejauh mana kejayaan sambutan golongan remaja terhadap litar lumba di Tanah Merah sebelum ia dikembang ke peringkat jajahan.

�InsyaAllah sekiranya mempunyai tanah atau kedudukannya yang sesuai ia boleh dirundingkan,� ujarnya.

Beliau juga memberitahu seminar larut malam di kalangan mat-mat rempit pernah dicadang diadakan sebelum ini.

Bagaimanapun katanya memandangkan seminar itu kurang mendapat sambutan mat-mat rempit ia akan digabungkan bersama Kolokium Belia Sejahtera yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Peruntukan RM1.5 juta bina litar lumba di Tanah Merah

KOTA BHARU, 7 Julai (Hrkh) � Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi menyiapkan pembinaan litar lumba di Tanah Merah bagi menangani gejala rempit yang semakin berleluasa sekarang.

Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS � Limbongan) berkata, peruntukan yang besar diperlukan kerajaan bagi menjalankan usaha membendung masalah remaja yang kini semakin sukar diawasi.

�Justeru itu pembinaan litar lumba yang dirancang di Tanah Merah seharusnya dipercepatkan. Diharap dengan adanya litar tersebut, ia akan dapat mengurangkan belia menggunakan jalan raya sebagai tempat berlumba.

�Namun demikian dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta dianggap belum lagi mencukupi kerana litar lumba seharusnya dibina di setiap daerah di Kelantan,� katanya pada perbahasan di persidangan Dun Kelantan, hari ini.

Beliau juga mencadangkan golongan remaja bermasalah dibawa menyertai seminar, kem dan motivasi sebagai usaha ke arah pembinaan modal insan yang sempurna.

Menurutnya juga kerajaan negeri seharusnya mengucapkan tahniah kepada golongan belia kerana memberi kepercayaan kepada PAS terus menerajui Kelantan pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (PAS � Chetok) mencadangkan diwujudkan litar lumba di sungai bagi mengelakkan kesesakan jalan raya kerana perlumbaan haram.

Katanya, penggunaan sungai sebagai tempat lain lebih menjimatkan berbanding menggunakan kenderaan di jalan raya ketika harga minyak melambung tinggi sekarang.

Zainuddin juga berharap pembinaan sebuah stadium khas untuk wanita dipercepatkan bagi membolehkan pelbagai acara sukan dapat diadakan di kalangan wanita

Tiada larangan pakai gincu, kasut tumit tinggi – MPKB BRI

KOTA BHARU, 6 Julai (Hrkh) – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menafikan laporan media kononnya pihaknya akan mengenakan kompaun kepada wanita Islam yang memakai gincu dan kasut tumit tinggi semasa datang bekerja.

Pengarah Pembangunan Islam MPKB-BRI, Ropein Hassan berkata, tidak pernah ada pekeliling mengenainya untuk mengkompaun mereka yang memakai lipstik dan kasut tumit tinggi.

Sebaliknya kata beliau wanita Islam yang berkerja di premis perniagaan tidak dilarang memakai gincu dan berkasut tumit tinggi sebagaimana dilaporkan media baru-baru ini.

�Bagaimanapun pihak kami sentiasa memberi peringatan dari semasa ke semasa kepada semua wanita Islam yang berkerja di Kota Bharu melalui pengedaran risalah dakwah supaya tidak terjebak dengan pelbagai gejala sosial,� katanya di sini.

Menurutnya bagi mempastikan wanita Islam mematuhi perintah Allah, MPKB BRI mengedar risalah peringatan pematuhan berpakaian menutup aurat di premis-premis perniagaan setiap tahun.

Risalah dakwah diedar di pusat-pusat membeli belah, premis-premis perniagaan dan tempat-tempat tumpuan ramai

Pelabur China bawa pelaburan RM100 juta ke Kelantan

KOTA BHARU, 3 Julai (Hrkh) � Biar pun Kelantan dan negeri-negeri Pakatan Rakyat cuba diketepikan dalam pelbagai bidang, namun ketelusan pentadbiran yang diamalkan menyebabkan pelabur tetap berminat datang ke sini.

Baru-baru ini pelabur dari China berminat melaksanakan projek menanam pokok neem, mengitar semula tayar buruk dan pemprosesan jerami padi untuk dijadikan makanan ternakan yang membabitkan kos sebanyak RM100 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Haji Che Abdullah Mat Nawi berkata, pelabur tetap berminat untuk melabur di negeri ini biarpun ada pihak mendakwa Kelantan ketinggalan.

�Saya sungguh berbesar hati di atas keyakinan diberikan terutama rombongan pelabur dari negara China yang berminat untuk melabur sehingga melibatkan kos sebanyak RM100 juta di negeri ini.

�Kerajaan negeri InsyaAllah akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membolehkan pelaburan dapat dilaksana di negeri ini,� katanya ketika meraikan rombongan pelabur dari China di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Rombongan pelabur tersebut seramai enam orang melakukan lawatan sehari ke Kelantan dan berminat melabur di negeri ini dalam industri berkaitan pertanian.

Rombongan itu diketuai Timbalan Pengarah Sains, Teknologi dan Pembangunan Modal China, Xiong Yong Sheng.

Che Abdullah berkata, kerajaan Kelantan mengamalkan sikap mesra pelabur bagi menarik lebih ramai pelabur menanam modal di negeri ini.

Beliau juga berharap lawatan tersebut dapat merapatkan hubungan silaturrahim di antara China dan Kelantan.

Sementara itu, Xiong Yong Sheng mengalu-alukan lawatan pemimpin kerajaan Kelantan ke China sebagai kunjungan balas di atas kunjungan mereka ke sini.

Hadir sama pada program itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw dan pegawai khas anggota Exco, Dr Rosli Allani Abdul Kadir yang boleh bercakap bahasa Mandarin.

Peniaga pasar borong Wakaf Che Yeh semakin terbela

KOTA BHARU, 2 Julai (Hrkh) � Nasib peniaga pasar borong yang pada awalnya dipindahkan dari Jalan Hamzah ke Wakaf Che Yeh kini semakin terbela, biar pun mereka pernah membantah langkah dibuat kerajaan negeri.

Biar pun beberapa siri demontrasi diadakan membantah hasrat kerajaan negeri namun hari ini mereka memiliki tapak perniagaan yang jauh lebih selesa.

Sebelum dapat berniaga di ruang yang selesa sekarang mereka sudah tiga kali berpindah. Di sebalik susah payah itu akhirnya peniaga terbabit sekarang mampu senyum memanjang.

Mulai semalam, 750 peniaga Pasar Wakaf Che Yeh berpindah dari tapak pasar sementara ke bangunan pasar baru yang lebih moden dan selesa. Lokasi baru itu terletak lebih kurang 300 meter daripada tapak pasar borong sementara.

Bermula pagi semalam seramai 250 peniaga pasar pagi, 350 peniaga pasar malam, 50 peniaga pasar borong dan 100 peniaga pasar tani berpindah ke lokasi baru tersebut.

Perpindahan 250 peniaga pasar pagi semalam turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan dan pegawai kanan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI).

Pembinaan Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh melibatkan kos sebanyak RM27 juta. Keluasannya 6,166 meter persegi dibina Sensatimur Sdn Bhd dengan kerjasama MPKB BRI.

Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham berkata, perpindahan sepenuhnya peniaga ke tapak baru berkuatkuasa sehingga 6 Julai ini.

Katanya, orang ramai yang datang untuk membeli-belah di pasar baru berkenaan akan merasa lebih selesa berbanding pasar lama.

�Sebanyak 350 ruang niaga disediakan dalam bentuk gerai pasar pagi yang memulakan perniagaan dari jam 7 pagi hingga 1 tengahari.

�Sehingga kini masih terdapat 100 petak yang belum disewa. Manakala 700 petak lagi disediakan untuk peniaga pasar malam. Dan sehingga sekarang 350 peniaga menyewanya di mana waktu perniaga bermula jam 6 petang hingga 1 pagi,� katanya di sini.

Selain itu Azman berkata, kesemua 50 petak pasar borong yang disediakan habis disewa peniaga, di mana waktu perniagaan ditetapkan bermula jam 1 pagi hingga 7 pagi.

Selain itu pasar baru terbabit juga menyediakan tempat kepada peniaga pasar tani yang menjalankan perniagaan setiap pagi Jumaat

Guru agama johan Tilawah al Quran Kelantan

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) – Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati Pasir Mas, Zulkipli Harun muncul sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 1429 Hijriah.

Beliau mendapat RM10,000 dalam bentuk Dinar Emas Kelantan, sijil, medal dan tiket mengerjakan umrah.

Manakala tempat kedua disandang pelajar Pondok Gelang Mas juga dari Pasir Mas, Mohd Nazri Daud. Johan menunggu, Wan Hilmi Wan Abdullah (Pasir Puteh) menduduki tempat ketiga.

Enam lagi peserta mendapat hadiah saguhati. Mereka ialah Alwe Junos (Tumpat), Khairussaleh Mohd Nor (Bachok), Hasan Ash-Shukry Abdullah (Tanah Merah), Amran Mat Akhir (Kuala Krai), Che Nordin Che Hussin (Bachok) dan Khalid Isa (Gua Musang).

Kesemua hadiah disampaikan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra. Hadir sama Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, Tengku Mahkota, Tengku Muhamad Faris Petra dan Tengku Amalin A�Ishah Putri.

Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Speaker Dewan Negeri, Haji Mohd Nassuruddin Daud, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Pengerusi Jemaah Hakim, Haji Che Mohd Rahim Jusoh ketika mengumumkan keputusan itu bagaimanapun berkata, mutu bacaan peserta pada umumnya baik berbanding tahun-tahun lepas.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, al-Quran merupakan menyuluh hidup bagi membolehkan manusia mencapai kegemilangan di dunia dan akhirat

Kontijen Pasti meriahkan sambutan Tahun Melawat Kelantan

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) – Seramai 600 anak-anak Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) dari seluruh negara berkampung di sini sejak Jumaat lalu bagi menyertai Sukan Pasti Malaysia.

Kanak-kanak Pasti yang menyertai sukan tahunan itu termasuk datang dari Sabah dan Sarawak. Program itu diadakan di Padang Perdana Kota Bharu selama dua hari.

Acara yang pertandingkan iaitu bola jaring dan bola sepak. Kelantan diberi penghormatan dua tahun berturut-turut sebagai tuan rumah sukan tersebut. Bagaimanapun tahun hadapan Selangor pula dipilih sebagai tuan rumah.

Pada pertandingan yang diadakan, Kelantan muncul johan keseluruhan.

Program itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman. Hadir sama Pengarah Pasti Negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

Abdul Latif berkata, pihak pengurusan Pasti perlu merangka pelan tindakan yang lebih baik dan terancang bagi menarik lebih banyak sokongan masyarakat terhadap kelas prapendidikan itu.

�Walaupun Pasti telah mendapat pengiktirafan masyarakat pelbagai kaum sejak ia ditubuhkan hampir 25 tahun lalu, namun sesuatu yang lebih menarik perlu dirangka bagi menaikkan lagi imejnya.

�Melalui gerak kerja itu membolehkan masyarakat tertarik dengan Pasti dan menghantar anak-anak mereka untuk belajar,� ujarnya yang juga Adun Mengkebang.

Beliau juga merakam ucapan tahniah kepada Pasti kerana berjaya mendapat kepercayaan masyarakat bukan Islam antaranya Cina, India dan Iban menghantar anak-anak mereka belajar di kelas Pasti.

Oleh itu katanya, Pasti perlu berusaha lebih kuat lagi bagi menarik lebih sokongan masyarakat terbabit termasuk juga di kalangan penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

�Kita perlu ingat, Pasti bukan medan untuk berpolitik, tetapi untuk mendidik generasi yang berakhlak bermula sejak awal lagi,� ujarnya.

Pengarah Pasti Pusat, Azrin Abdul Majid berkata, sambutan Hari Guru dan Pesta Sukan Pasti diadakan di Kelantan tahun ini sebagai sokongan kepada program Tahun Melawat Kelantan 2008.

Katanya, kontijen pasukan Pasti yang datang ke Kelantan bagi menyertai program ini merupakan sebahagian pelancong.

Selain itu katanya, kedatangan ke negeri ini diharap dapat mengutip pelbagai ilmu memandangkan Kelantan dikenali sebagai universiti politik terbuka

Pelajar agama dipastikan mahir subjek sains

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) – Kerajaan negeri mempelopori sistem pendidikan Islam secara bersepadu bagi melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas bidang agama dan mahir mengenai sains.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, aliran sains tulen diperkenalkan di sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) bagi memastikan pelajar aliran agama juga mempunyai pengetahuan tentang sains.

�Selain itu kita melengkapkan kurikulum menghafal al-Quran bersekali dengan pengajaran sains dan teknologi serta pelbagai cabang ilmu lain,� katanya di sini, baru-baru ini.

Beliau juga berkata, dari kaca mata Islam, kedudukan bangsa bukanlah satu perkara penting dalam kehidupan manusia.

�Perbezaan bangsa dan keturunan di kalangan manusia sengaja dijadikan Allah swt supaya manusia saling berkenalan, bekerjasama dan hidup saling membantu di antara satu dengan lain.

�Manusia yang berbilang bangsa, bahasa, budaya dan warna kulit di dunia ini semuanya berasal daripada Adam dan Hawa,� katanya.

Sedangkan kata beliau apa yang dipentingkan Islam ialah soal hukum halal, haram, dosa, pahala, syurga dan neraka.

Menurutnya tujuan al-Quran diturunkan untuk memandu manusia bagi mencapai kejayaan di dunia sehingga ke akhirat

Pertama kali selepas 18 tahun, MPKB BRI jadi tuan rumah

KOTA BHARU, 26 Jun (Hrkh) – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menjadi tuan rumah kejohanan sepak takraw pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Malaysia yang berlangsung pada 20 hingga 22 Jun lalu.

Kejohanan itu julung kali diadakan di sini semenjak 18 tahun lalu melibatkan 20 PBT diadakan di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI.

Pada kejohanan itu pasukan Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu muncul sebagai juara, manakala naib johon dimenangi Majlis Daerah Tangkak, ketiga pasukan tuan rumah (MPKB-BRI A) dan tempat keempat (Majlis Perbandaran Sandakan).

Pasukan lain menyertai kejohanan tersebut iaitu Majlis Perbandaran Kemaman, Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Temerloh, Majlis Daerah Pekan, Majlis Daerah Lipis, Majlis Perbandaran Taiping, Majlis Bandar Raya Ipoh.

Majlis Bandar Raya Johor Bharu, Majlis Daerah Batu Pahat, Majlis Daerah Tangkak, PBT Pasir Gudang dari Johor, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandar Raya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kulim Kedah.

Selain itu, Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Daerah Alor Gajah, Melaka.

Penyampaian hadiah kepada pemenang dilakukan Yang Dipertua MPKB-BRI, Haji Shafie Ismail.

Praktik ajaran al Quran dalam kehidupan seharian – MB

KOTA BHARU, 26 Jun (Hrkh) � Umat Islam disaran mendaulatkan al-Quran melalui pembacaan, pendidikan dan mempraktik segala ajarannya dalam kehidupan seharian.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, melalui penghayatan itu kehidupan umat Islam akan dianugerah kesejahteraan dan kebahagian di dunia sehingga akhirat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan kali ke-51 di Balai Islam, malam kelmarin.

Tilawah tahun ini bertema �Menjana Ummah Gemilang� diadakan selama tiga malam. Dan malam ini merupakan penyampaian hadiah kepada pemenang yang akan disempurnakan Sultan Kelantan.

Hadir sama pada program tersebut anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, kejayaan kehidupan di dunia dan akhirat hanya akan tercapai apabila umat Islam bersungguh-sungguh menghayati isi kandung al Quran.

Sebagaimana firman Allah swt, surah Faatir ayat 29-30 (bermaksud):

�Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terang, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan satu perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian, supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambah mereka dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Tuhan Amat Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya).

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, manusia perlu melayari bahtera kehidupan di dunia dengan berpandukan al-Quran.

�Sebagai tanda mensyukuri nikmatNya maka setiap hamba Allah hendaklah hidup dengan al-Quran dengan membaca, memahami dan mengamalkannya serta wajib mempertahankannya,� ujar beliau.

Pada malam pertama seramai tiga peserta memperdengarkan bacaannya iaitu Hasan Ash-Shukry Abdullah dari Tanah Merah, Zulkipli Harun (Pasir Mas) dan johan menunggu, Hilmi Abdullah (Pasir Puteh).

Manakala pada malam tadi seramai enam lagi peserta memperdengarkan bacaan iaitu Alwe Junos (Tumpat), Khairussaleh Mohd Nor (Bachok), Che Nordin Che Hussin (Bachok), Khalid Isa (Gua Musang), Mohd Nazri Daud (Tumpat) dan Amran Mat Akhir (Kuala Krai).

Anggota polis akui pakai serban merupakan ciri-ciri lebai

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) � Seorang anggota polis mengakui seseorang yang memakai serban ketika menunggang motosikal termasuk dalam ciri-ciri lebai seperti ditafsirkan dalam Kamus Dewan.

Lans Kopral Che Sidek Omar Mat Hassan ketika menjawab soalan peguam tertuduh bersetuju memakai serban merupakan ciri-ciri lebai seperti yang disebut dalam kamus tersebut.

Beliau memberi keterangan tersebut dalam perbicaraan seorang pelajar Pondok Pasir Tumbuh, Ahmad Nasir Darus, 27 yang disaman ketika menunggang motosikal dengan memakai serban tanpa menggunakan topi keledar.

Pada perbicaraan sebelum ini tertuduh mengaku tidak bersalah. Perbicaraan itu diadakan di hadapan Majistret Tengku Amalin Aisyah Puteri Sultan Ismail Petra di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tertuduh dibela peguam Ahmad Rizal Effende Zainol, manakala pendakwaan pula dikendalikan pegawai pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 20 September tahun lalu di Jalan Pasir Tumboh, dekat sini kira-kira jam 6.30 petang.

Che Sidek berkata, saman dikeluarkan terhadap pelajar terbabit atas arahan pegawainya kerana pada masa kejadian tertuduh didapati menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.

Peguam bela sebelum itu mengemukakan kepada mahkamah dokumen Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan Motosikal (topi keledar) 1973 yang merujuk kepada pihak yang dibenarkan untuk tidak memakai topi keledar.

Ahmad Rizal membaca dokumen pengecualian tersebut di mana kata beliau kefahamannya istilah haji, hajah, lebai dan Sikh tergolong dalam pengecualian itu.

�Che Sidek sebagai seorang pengendali undang-undang seharusnya memahami undang-undang terlebih dahulu sebelum bertindak kepada orang lain,� katanya.

Saksi terbabit bagaimanapun tidak bersetuju dengan dakwaan itu dan tetap menyatakan hanya haji, hajah, lebai dan Sikh sahaja yang dikecualikan tidak memakai topi keledar.

Ekoran itu pihak peguam mengemukakan maksud lebai seperti yang terkandung dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar dan meminta saksi membacanya.

Saksi kemudian membacanya seperti terkandung dalam kamus itu di mana katanya, lebai bermaksud orang yang tahu tentang agama, bibirnya bergerak-gerak bagai membilang tasbih dan orang yang mengerjakan sesuatu yang bersangkutan dengan agama Islam.

Pada peringkat awal prosiding peguam meminta saksi mengucap dua kalimah syahadah serta menjelaskan maksudnya sebagai membuktikan statusnya beragama Islam.

Tertuduh disaman di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama.

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Kes tersebut akan disambung bicara pada 21 Julai depan, manakala 4 dan 18 Ogos pula hujah balas. Keputusannya akan dibuat pada 15 September depan.

Sementara itu, lebih 200 pelajar pondok mengiringi Ahmad Nasir sebagai sokongan moral terhadap perjuangannya menuntut hak dan kebenaran.

Peraturan tutup aurat: Hanya pemilik premis dikenakan kompaun

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) � Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menjelaskan hanya pemilik premis yang mana pekerja wanita beragama Islam tidak berpakaian menutup aurat sahaja dikenakan kompaun.

Manakala wanita Islam yang datang ke bandar Kota Bharu sama ada untuk membeli belah atau urusan lain dikecualikan biar pun mereka tidak menutup aurat.

Sebaliknya mereka hanya akan diberi nasihat supaya berbuat demikian.

Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham berkata, kompaun sehingga RM500 hanya akan dikeluarkan kepada pemilik premis yang gagal mematahi peraturan di bawah Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002) yang diluluskan kerajaan negeri.

�Di bawah undang-undang kecil Etika Berpakaian wanita Islam jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikompaun tidak lebih RM500,� katanya di sini semalam.

MPKB BRI baru-baru ini menyebarkan risalah etika pakaian yang dikuatkuasa terhadap peniaga dan pekerja wanita Islam membabitkan beberapa larangan termasuk pakaian kain terlalu singkat, tudung tidak menutup dada, lengan baju pendek, tidak bersarung kaki dan berpakaian ketat.

Pekeliling yang diedarkan itu ditandatangani Yang Dipertua, MPKB-BRI, Haji Shafie Ismail.

Azman berkata, penguatkuasaan larangan mendedah aurat hanya dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan MPKB BRI tanpa mengira masa bukannya kepada pengunjung.

Beliau juga menjelaskan laporan yang dibuat media kelmarin tidak tepat memandangkan pekeliling yang dikeluarkan hanya ditujukan kepada pemilik premis perniagaan.

Akhbar sebelum ini yang memetik laporan sebuah agensi berita tempatan mendakwa MPKB BRI akan mengenakan kompaun kepada semua wanita yang tidak menutup aurat dan melarang mereka memakai gincu bagi mengelakkan gejala maksiat.

�Wanita Islam dan bukan Islam yang datang ke Kota Bharu boleh memakai gincu sesuka hati mereka tetapi bagi peniaga perlulah mematuhi arahan MPKB BRI sebagaimana dikehendaki agama Islam,� katanya.

Menurutnya arahan supaya menutup aurat kepada wanita Islam sama seperti arahan Jabatan Kesihatan yang mewajibkan mereka memakai tutup kepala serta apron ketika menyedia dan menghidang makanan.

Kata beliau biar pun undang-undang kecil tersebut tidak melibatkan orang awam, namun MPKB BRI sentiasa mengadakan kempen supaya menutup aurat kepada wanita Islam yang datang ke bandar.

�Walaupun arahan ini dikecualikan kepada wanita bukan Islam, namun mereka dinasihatkan supaya berpakaian sopan supaya tidak menimbulkan keghairahan.

�Penguatkuasaan peraturan tersebut bukannya perkara baru malah ia dilaksanakan sejak lapan tahun lalu dan surat peringatan mengenainya dikeluarkan setiap tahun,� ujarnya.

Sebelum ini MPKB BRI tidak menguatkuasa larangan menutup aurat sebaliknya menggalakkan wanita Islam berbuat demikian iaitu selaras dengan arahan agama.

Pada peringkat awal arahan menutup aurat hanya diwajibkan kepada kakitangan kerajaan negeri dan agensinya di bawahnya termasuk juga pihak berkuasa tempatan. – mj

Johan tilawah ditawar hadiah Dinar Emas bernilai RM10,000

KOTA BHARU, 23 Jun (Hrkh) � Kerajaan Kelantan turut menawarkan hadiah agak lumayan iaitu RM10,000 bagi johan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri yang akan diadakan bermula malam esok.

Tilawah tersebut merupakan kali Ke-51 akan diadakan selama tiga hari bertempat di Balai Islam Lundang.

Perasmiannya akan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bermula jam 8.40 malam dan majlis penutupnya akan dilakukan Sultan Kelantan pada 26 Jun ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, pemenang tempat kedua akan memperolehi RM4,000, ketiga (RM3,000) dan saguhati masing-masing sebanyak RM700 setiap seorang.

�Seramai sembilan qari termasuk johan menunggu akan menyertai pertandingan itu. Pemenang diberi wang dalam berupa emas dinar.

�Tempat pertama, selain mendapat emas dinar bernilai RM10,000 peserta juga akan mendapat tiket umrah pergi dan balik tajaan Al-Quds Travel di samping sijil penyertaan,� ujarnya di sini.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir menyaksikan tilawah berkenaan bagi menyemarakkan lagi syiar Islam di negeri ini.

Selain itu katanya ia juga bersesuaian dengan Kelantan ditadbir ulama dan Kota Bharu telah dinobatkan sebagai Bandar Raya Islam.

Beliau juga berkata, tujuan program tahunan itu diadakan bagi memartabatkan al-Quran di dalam kehidupan masyarakat dan melahirkan insan celik al-Quran. Selain itu bertujuan memasyarakatkan al-Quran.

Johan peringkat negeri akan mewakili Kelantan ke pertandingan peringkat kebangsaan yang dijangka diadakan 6 hingga 12 Julai di Dewan Wawasan, Jitra Kedah

Majlis Daerah Pasir Mas ke arah jadi Majlis Perbandaran

KOTA BHARU, 2 Jun � Majlis Daerah Pasir Mas kini sedang berusaha keras ke arah muncul sebagai Majlis Perbandaran, kata Yang Dipertuanya, Fauzi Mat.Beliau berkata, pelbagai projek pembangunan dilaksana dan dirancang sebagai sebahagian langkah untuk menaik taraf Majlis Daerah Pasir Mas menjadi Majlis Perbandaran.�Antara usaha terbaru dilaksanakan termasuk membina Wisma Pasir Mas yang menempatkan ruang perniagaan dan pejabat yang mana kini menjadi mercu tanda baru di sini,� katanya pada satu majlis, baru-baru ini.

Bangunan Wisma Pasir Mas sebelum ini dirasmikan Sultan Kelantan. Senibinanya berkonsep rekabentuk Islam, terletak berhadapan Stadium Mini Pasir Mas. Kedudukannya begitu strategik.

Wisma berkenaan mengandungi 12 unit kedai, di mana difahamkan reka bentuk bangunannya hasil idea Sultan dan Raja Perempuan Kelantan sendiri.

�Tempoh siap sebenar ialah 24 bulan tetapi pihak kontraktor dapat menyiapkannya lebih awal dalam tempoh setahun, sedangkan sepatutnya siap Mei 2009,� kata Fauzi.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setiap agenda pembangunan yang dilaksanakan di Kelantan mengambil kira dasar menuju ke arah �amar makruf nahi mungkar�.

Beliau berkata, kemajuan negara bukan semata-mata bergantung kepada pembangunan fizikal sebaliknya modal insan menjadi benteng paling penting.

�Dasar yang dilaksanakan di Kelantan berpaksikan kepada slogan Membangun Bersama Islam dengan ciri asasnya �Ubudiyyah, Mas�uliyyah dan Itqan,� katanya ketika berucap pada satu majlis di sini, sebelum bertolak ke Makkah

Nafi TMB sakit jantung selepas ke istana

Istana hari ini menafikan laporan bahawa timbalan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob mendapat serangan jantung selepas menghadap Sultan Kelantan, awal pagi Sabtu lalu.

Pengelola istana diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata Ahmad mengalami tanda-tanda mendapat serangan itu selepas menghadiri satu majlis di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa pada tarikh tersebut.

“Ingin saya jelaskan Datuk Ahmad bukan mendapat serangan itu selepas menghadap Al-Sultan seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan pada Ahad lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Istana Balai Besar di Kota Bharu.Menurut laporan Bernama, akhbar tempatan melaporkan bahawa Ahmad dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada jam 1 pagi selepas menghadap Sultan Kelantan untuk memaklumkan menjalankan tugas-tugas  menteri besar berikutan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercuti menunaikan umrah selama dua minggu bermula Sabtu lalu.

Berikutan itu, pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan negeri Datuk Husam Musa akan menjalankan tugas sebagai menteri besar Kelantan sehingga 9 Jun ini.

Abdul Halim menjelaskan Ahmad tidak pernah menghadap Sultan Kelantan bagi tujuan pemakluman itu kerana Nik Aziz sebelum itu telah menyembah surat untuk mendapat perkenan Sultan.

Husam pangku jawatan MB

“Al-Sultan telah ampuni perkenan dengan hasrat tersebut dan telah dijawab pada 13 Mei lalu kepada Datuk Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata semalam, pejabat Sultan Kelantan telah menerima surat daripada Nik Aziz bagi mendapat perkenan agar Husam menjalankan tugas menteri besar.

Abdul Halim berkata surat tersebut akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan hari ini untuk mendapat perkenan.Beliau berkata Ahmad kini sedang berehat dan masih menjalani rawatan di HUSM.

“Raja Perempuan Kelantan juga amat prihatin dengan masalah kesihatan timbalan menteri besar dan telah berangkat melawat Datuk Ahmad Sabtu lalu,” katanya

Nik Aziz bertolak ke Makkah malam ini

KOTA BHARU, 26 Mei � Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bercuti kira-kira dua minggu bagi menunaikan ibadat umrah di Makkah.Beliau bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, dua anak perempuan dan pegawai khas, Haji Ayub Mahmood akan bertolak malam ini.Setiausaha Politiknya, Haji Anual Bakri Haron berkata, Menteri Besar akan berada di Makkah selama dua minggu dan dijangka pulang ke Kelantan pada 9 Jun.Menurutnya, Menteri Besar akan berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa sebelum waktu Maghrib petang ini dan menunaikan solat di situ sebelum berlepas ke Kuala Lumpur jam 8 malam.Bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi menunaikan ibadat umrah beberapa orang lagi pemimpin kerajaan dan PAS.Manakala anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood juga turut menunaikan umrah di Makkah. Bagaimanapun penerbangannya lebih awal.

�Rakyat Kelantan hendaklah sama-sama mendoakan semoga Menteri Besar dan rombongannya selamat menjalani ibadat umrah dan kembali ke tanah air,� kata Anual.

-Harakah

Ladang gaharu ekar di Gua Musang

KOTA 1,000 BHARU, 26 Mei  – Kelantan mungkin menjadi negeri pertama di negara ini yang meneroka secara komersial industri gaharu memandangkan ladang seluas 1,000 ekar sudah ditanam dengan pokok tersebut di Gua Musang.Pokok gaharu atau lebih dikenali sebagai depu akan meningkatkan lagi pencapaian Kelantan dalam bidang biotek.Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa berkata, pokok depu mampu mengeluarkan hasil sehingga mencecah RM2 juta setiap satu ekar dalam tempoh 10 tahun.Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Menceburi Industri Gaharu, di sebuah hotel di sini, semalam katanya tanaman pokok depu juga secara tidak langsung dapat mengekalkan alam semulajadi.Seramai 50 peserta yang terdiri dari golongan profesional dari beberapa negara termasuk Yaman dan Brunei hadir pada seminar berkenaan.Husam berkata, setiap satu ekar ditanam sebanyak 400 pokok depu.

�Kerajaan negeri juga akan mengeluarkan sijil khusus sebagai hak pemilikan ladang terbabit kepada pengusahanya bagi membolehkan sebahagian tanah tersebut dijual pada harga minimum,� ujarnya.

Berucap sebelum itu beliau memberitahu kerajaan negeri akan memberi penerangan kepada rakyat mengenai potensi pokok tersebut memandangkan pokok depu mempunyai dua kategori iaitu bermutu dan tidak.

�Kita tidak mahu mereka menanam pokok begitu sahaja tanpa mendapat ilmu khusus, nanti apabila sampai tempoh 10 tahun, tiba-tiba pokok itu rupanya tidak bermutu,� katanya.

Beliau juga berkata, penanaman pokok depu perlu dilaku secara komersial dan bukan lagi mengekalkan kaedah tradisional memandangkan permintaannya begitu tinggi.

-Harakah

Kelantan Sedia Litar Untuk Mat Rempit Tunjuk Mudahkan Pemantauan

KOTA BAHARU, 29 April – Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan pembinaan sebuah litar untuk kegunaan mat rempit bagi memudahkan pemantauan dibuat terhadap golongan tersebut.Kelulusan itu dibuat semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang sedang berlangsung sekarang.Golongan ‘mat rempit’ di Kelantan akan dapat membuktikan kehebatan mereka menunggang motosikal di litar khas yang akan dibina oleh kerajaan negeri tidak lama lagi, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Katanya pembinaan litar di Tanah Merah itu bukan satu pembaziran kerana ia memberi ruang kepada pihak berkuasa menangani gejala lumba haram dalam kalangan golongan muda di negeri itu.”Mat rempit ini sering buat ibu-ibu risau. Bila berlaku perkara yang tidak diingini, kasihan kita lihat ibu-ibu mereka, isteri atau anak-anak mereka menangis.

“Kita buat litar ini untuk beri tempat yang sesuai untuk mat-mat rempit ini meluahkan perasaan dan menunjukkan keberanian dan keperwiraan mereka,” katanya ketika menggulung perbahasan tambahan bajet 2008 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini hari ini.

Nik Aziz berkata litar itu dibuat berdasarkan syor polis yang meminta kerajaan negeri membina litar motosikal khusus untuk kegunaan mat-mat rempit bagi mengelak mereka menggunakan jalan raya sebagai litar lumba.

“Kita mahu kalau anak-anak muda ini nak tunjukkan keberanian, biarlah bertempat. Dalam masa yang sama, kita selitkan nasihat dan doa ketika naik kenderaan,” katanya.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri akan meneliti cadangan ketua pembangkang, Datuk Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) supaya diadakan zon khas untuk kawasan pertanian bagi meningkatkan hasil terutama bekalan beras.

Katanya kerajaan negeri juga bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed selain menjalin kerjasama erat dengan kerajaan pusat dalam usaha meningkatkan hasil pertanian di Kelantan.

Usul tambahan bajet 2008 itu diluluskan setelah mendapat persetujuan sebulat suara. Persidangan dewan disambung

-Bernama

Kerajaan Kelantan amal konsep takwa elak pekerja tertindas

KUALA LUMPUR,6 Mei – Kerajaan Kelantan mengamalkan konsep tiada jurang yang sangat besar di antara kebajikan pekerja dengan kedudukan majikan bagi menjamin persamaan kemanusiaan di antara hubungan pekerja dengan majikan.

Menurut Exco Kanan kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa, asas majikan dan pekerja ialah takwa di mana majikan mesti takutkan Allah tidak menindas pekerja dan pekerja pula tidak akan mencuaikan amanah yang diberikan oleh majikan.

Beliau berkata, majikan yang baik terdiri daripada mereka yang tahu apa keperluan pekerjanya dan pada masa yang sama pekerja juga tahu apa yang dikhendaki oleh majikan.

“Hubungan dua hala di antara majikan dengan pekerja amat mustahak bagi menjamin kesejahteraan,” katanya dalam ucapan di Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke-3, di Stadium Melawati, Shah Alam baru-baru ini.

Beliau mencadangkan asas di atas perlu dilaksanakan di sektor perladangan kerana pekerjanya masih tertindas.

Dalam ucapan tersebut beliau memberi contoh langkah awal yang diambil oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan memperkenalkan cuti hujung minggu selama dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu.

Katanya, Tuan Guru telah dikritik teruk oleh pihak kerajaan Pusat yang mendakwa kerajaan Kelantan mengajar rakyatnya malas.

Bagaimanapun, tambah beliau lima tahun kemudian kerajaan Pusat telah meniru cara yang dilaksanakan oleh Kelantan memberi cuti dua hari kepada pekerja.

Katanya, kerajaan Kelantan yang memberi cuti dua hari itu tidak bermakna rakyatnya rehat terus tetapi setiap hari Jumaat diisytiharkan sebagi hari Ilmu dan Tuan Guru Nik Aziz akan memberi kuliah mingguan untuk seluruh rakyat tetapi masih belum disiarkan secara langsung oleh RTM.

Manakala tambah beliau, hari Sabtu merupakan hari keluarga supaya interaksi keluarga menjadi lebih rapat.

Beliau berkata, kerajaan Kelantan membina pekerja dalam konteks mereka adalah ahli sebuah keluarga dan mereka apabila mencapai kedudukan yang lebih baik kita harap akan melimpah kepada keluarga mereka untuk mempunyai satu tahap kesejahteraan yang lebih tinggi.

“Kerana itu saya rasa Tuan Guru Nik Aziz bukan saja layak mentadbir Kelantan tetapi turut layak mentadbir negara begitu juga dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat,” tegasnya.

Menurut beliau, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya; “Jika sekiranya kamu mengambil pekerja kamu berikan mereka makan apa yang kamu makan, dan kamu berikan pakaian apa yang kamu pakai.”

Ini kerana katanya, bagi mengelakkan jurang yang besar di antara majikan dengan pekerja.

Selain itu beliau turut mencadangkan kepada kerajaan Selangor yang akan melaksanakan cuti bersalin selama 90 hari supaya 10 hari diberikan sebelum tarikh bersalin kerana masalah wanita mengandung selepas bersalin dan hari-hari terakhir sebelum bersalin. -

-Harakah

Pahang minat contohi program Ladang Rakyat di Kelantan

KOTA BHARU, 29 April – Kejayaan Kelantan melaksanakan program Pembangunan Ladang Rakyat bukan sahaja dapat membantu penduduk miskin di negeri ini, sebaliknya ia turut menarik minat negeri lain.Drs Zainuddin Awang HamatRakyat (PAS – Limbongan) memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini, kerajaan Pahang turut berminat melaksanakan program tersebut.Kata beliau kejayaan Ladang sudah terbukti sekarang apabila ada negeri lain juga berminat menirunya.Ladang Rakyat diwujudkan pada Mac 2006, di mana peserta dipilih di kalangan penduduk miskin. Mereka diberi dividen sebanyak RM200 sebulan.Selain itu, peserta juga berpeluang bekerja di ladang yang dimajukan dengan usahasama pihak swasta. Mereka juga berpeluang memiliki rumah banglo tiga bilik melalui sewa beli yang dirancang dibina di kawasan ladang.Kelayakan untuk menjadi peserta Ladang Rakyat mesti berusia di antara 25 hingga 60 tahun dan berpendapatan di bawah RM530 sebulan.Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, peserta juga dibantu dari aspek spiritual dengan mewajibkan mereka menghadiri kelas-kelas agama dan solat berjemaah di masjid atau madrasah.”Setiap bulan diadakan kelas bimbingan rohani di peringkat Dun. Setiap peserta diwajibkan hadir pada program tersebut. Mereka yang engkar akan dinilai semula kedudukannya.

“Begitu juga bagi peserta yang sudah keluar dari garis kemiskinan akan dikeluarkan daripada senarai peserta dan tempatnya digantikan orang lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata, kerajaan negeri melaksanakan pelbagai program bagi mengatasi masalah belia menganggur.

Antaranya, galakan perdagangan, perindustrian dan pembangunan usahawan disediakan peruntukan sebanyak RM500,000, skim kerjaya penganggur (RM500,000), dana belia niaga (RM500,000), galakan industri kraftangan (RM100,000).

Projek pembangunan sumber manusia (RM700,000), pembangunan infrastruktur usahawan (RM500,000), kawasan industri (RM1 juta), jalan industri (RM500,000) dan gerakan belia berdikari (RM1.2 juta).

“Jumlah keseluruhan peruntukan yang disediakan bagi tujuan itu sebanyak RM6.3 juta,” katanya menjawab soalan Mohd Zaki Ibrahim (PAS – Kelaboran).

Menjawab soalan tambahan Datuk Noor Zahidi Omar (BN – Pengkalan Kubur) katanya, keberkesanan program itu dapat dilihat apabila ramai pengundi muda menyokong PAS pada pilihan raya umum lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Pembangunan Insan, Abdul Fattah Mahmood berkata, beberapa agensi kerajaan negeri dan NGO terbabit secara langsung mengatasi masalah pengangguran di kalangan belia di Kelantan.

Katanya, antara agensi terlibat termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Pupuk Nilai Murni, Pusat Pembangunan Keusahawan dan Kemahiran Negeri Kelantan, Jabatan Pertanian, Darul Digital dan Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan.

Menurutnya, terdapat lebih 25 program khas yang disusun bagi memberi kemahiran dan pengalaman kepada golongan belia menganggur.

Antaranya kursus pembungkusan produk, tanaman cendawan, memproses cordial, membaiki handphone, animasi, gunting rambut, membuat roti canai dan seminar produk halal.

Menjawab soalan tambahan Datuk Alwi Che Amat (BN – Kok Lanas) katanya, masih terdapat sekatan yang dilakukan kementerian tertentu terhadap pihak swasta yang berminat mendirikan kilang di Kelantan.

-harakahdaily

Jalan Pantai Cahaya Bulan Naik Taraf

KOTA BHARU 22 OKT -Usaha Kerajaan Negeri menaik taraf jalan Pantai Cahaya Bulan bakal menjadi kenyataan apabila Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana menteri bersetuju meluluskan cadangan menjadikan jalan tersebut sebagai jalan pelancongan

Sebanyak RM 3.2 juta akan dibelanjakan untuk melebar serta mengelokkan jalan sedia ada selari dengan spesifikasi jalan pelancongan. Penaikan taraf ini termasuklah, pemasangan lampu jalan sepanjang jalan bermula dari persimpangan Kedai Buloh sampai ke Pantai Cahaya Bulan.

Tawaran tender telah dikeluarkan dan dijangka kerja-kerja pembinaan akan bermula akhir tahun ini.

Perkara ini disebut oleh Dato’ Haji Husam Musa, Exco Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, semasa di pejabatnya pagi tadi.

“Insyallah, dengan jalan yang lebih baik, akan memberikan keselesaan kepada pengguna setempat, mahupun para pelancong”. Beliau berkata

http://kelantan-cetusan-hati.blogspot.com

Semalam beliau meninjau keadaan Sungai Kelantan di perkarangan Hotel Rider dekat sini bagi melihat sendiri paras air selepas hujan lebat dua berturut-turut.

Kehadirannya mengejutkan orang ramai yang berada di situ.

“Alhamdulillah apa yang kita dapati nampaknya masih belum ada tanda-tanda berlaku banjir, bahkan air sungai pun nampaknya semakin surut, lagi pun hujan lebat belum berlaku lagi di hulu Kelantan.

“Kita juga berharap banjir tahun ini tidak berlaku banjir dan sekiranya ada tanda-tanda hujan akan turun lebat sama-samalah kita berdoa agar hujan tidak turun di tempat kita,” ujarnya ketika ditemui media ketika tinjauan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menasihati ibu bapa serta penjaga menjaga anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Katanya, kanak-kanak yang tidak biasa dengan air akan berasa seronok dengan kedatangan banjir setahun sekali.

“Jadi saya nak cadangkan ibu bapa dan guru supaya mengingatkan mereka terhadap bahaya bermain dengan air bagi mengurangkan mangsa lemas di musim banjir.

“Dahulu anak-anak muda termasuk gadis berpakaian cantik untuk keluar bermain air banjir, macam tu lah tiap-tiap tahun hingga sekarang, banjir masih dianggap satu pesta buat mereka,” ujarnya

Mohd Sabri dilantik Ketua Eksekutif PKINK yang baru

KOTA BHARU, 1 Dis  - Pengurus Besar Permodalan Kelantan Berhad, Mohd Sabri Abdullah, dilantik sebagai Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan yang baru berkuatkuasa 1 Disember.

Surat penyerahan dan terima tugas itu disampaikan sendiri oleh Wan Yahya kepadanya dalam majlis ringkas yang diadakan di Perdana Resort dekat sini sambil disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sabri, 55, anak kelahiran Bunut Payung, Kota Bharu itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sultan Ismail Petra sebelum melanjutkan pengajiannya ke Kolej Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah pada tahun 1970 hingga 1971.

Kelulusan tertinggi Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Universiti Northrop, California, Bidang Kewangan pada tahun 1983 hingga 1984.

Sebelum itu beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Cawangan BBMB, Dungun yang bertanggungjawab dalam hal-hal perancangan pemasaran, pengawalan dan kakitangan.

Selain itu juga beliau pernah diberi tanggungjawab sebagai Pengurus Cawangan Bank Bumiputera Sdn Bhd di Kuala Lipis, Pahang pada tahun 1991 hingga 1992.

Sabri ketika berucap pada majlis itu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana memberi kepercayaan kepadanya memikul amanah besar itu.

Menurutnya, beliau akan menjaga sebaik mungkin amanah berkenaan di samping akan meneruskan program atau projek yang belum dilaksanakan mengikut moto kerajaan negeri ‘Membangun Bersama Islam’.

Pada masa yang sama, beliau menyeru semua kakitangan PKINK termasuk kakitangan anak-anak syarikat bekerja bersamanya demi untuk memajukan PKINK khususnya di zaman kemelesetan ekonomi itu.

“Antara program yang bakal menjadi tumpuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di kalangan bumiputera akan diperhebatkan dalam usaha mempertingkatkan ekonomi mereka,” ujarnya.

Antara kejayaan yang paling cemerlang pernah dicapai Wan Yahya dalam tempoh tiga tahun menerajui PKINK, sebanyak sembilan cawangan Ar-Rahn berjaya ditubuhkan sepanjang tahun 2008, berbanding sebelum ini hanya 11 cawangan dalam tempoh 12 tahun.

Pada masa sama, beliau harap PKINK meneruskan tradisi dalam konsep perniagaannya, iaitu melaksanakan sikap adil, amanah, cekap dan mudah.

“Saya juga berharap dengan pengalaman yang ada pada Saudara Sabri PKINK lebih maju dan utuh khususnya dalam menghadapi suasana kelembapan ekonomi global sekarang,” ujarnya.

Semalam beliau meninjau keadaan Sungai Kelantan di perkarangan Hotel Rider dekat sini bagi melihat sendiri paras air selepas hujan lebat dua berturut-turut.

Kehadirannya mengejutkan orang ramai yang berada di situ.

“Alhamdulillah apa yang kita dapati nampaknya masih belum ada tanda-tanda berlaku banjir, bahkan air sungai pun nampaknya semakin surut, lagi pun hujan lebat belum berlaku lagi di hulu Kelantan.

“Kita juga berharap banjir tahun ini tidak berlaku banjir dan sekiranya ada tanda-tanda hujan akan turun lebat sama-samalah kita berdoa agar hujan tidak turun di tempat kita,” ujarnya ketika ditemui media ketika tinjauan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menasihati ibu bapa serta penjaga menjaga anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Katanya, kanak-kanak yang tidak biasa dengan air akan berasa seronok dengan kedatangan banjir setahun sekali.

“Jadi saya nak cadangkan ibu bapa dan guru supaya mengingatkan mereka terhadap bahaya bermain dengan air bagi mengurangkan mangsa lemas di musim banjir.

“Dahulu anak-anak muda termasuk gadis berpakaian cantik untuk keluar bermain air banjir, macam tu lah tiap-tiap tahun hingga sekarang, banjir masih dianggap satu pesta buat mereka,”

Surat penyerahan dan terima tugas itu disampaikan sendiri oleh Wan Yahya kepadanya dalam majlis ringkas yang diadakan di Perdana Resort dekat sini sambil disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sabri, 55, anak kelahiran Bunut Payung, Kota Bharu itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sultan Ismail Petra sebelum melanjutkan pengajiannya ke Kolej Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah pada tahun 1970 hingga 1971.

Kelulusan tertinggi Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Universiti Northrop, California, Bidang Kewangan pada tahun 1983 hingga 1984.

Sebelum itu beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Cawangan BBMB, Dungun yang bertanggungjawab dalam hal-hal perancangan pemasaran, pengawalan dan kakitangan.

Selain itu juga beliau pernah diberi tanggungjawab sebagai Pengurus Cawangan Bank Bumiputera Sdn Bhd di Kuala Lipis, Pahang pada tahun 1991 hingga 1992.

Sabri ketika berucap pada majlis itu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana memberi kepercayaan kepadanya memikul amanah besar itu.

Menurutnya, beliau akan menjaga sebaik mungkin amanah berkenaan di samping akan meneruskan program atau projek yang belum dilaksanakan mengikut moto kerajaan negeri ‘Membangun Bersama Islam’.

Pada masa yang sama, beliau menyeru semua kakitangan PKINK termasuk kakitangan anak-anak syarikat bekerja bersamanya demi untuk memajukan PKINK khususnya di zaman kemelesetan ekonomi itu.

“Antara program yang bakal menjadi tumpuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di kalangan bumiputera akan diperhebatkan dalam usaha mempertingkatkan ekonomi mereka,” ujarnya.

Antara kejayaan yang paling cemerlang pernah dicapai Wan Yahya dalam tempoh tiga tahun menerajui PKINK, sebanyak sembilan cawangan Ar-Rahn berjaya ditubuhkan sepanjang tahun 2008, berbanding sebelum ini hanya 11 cawangan dalam tempoh 12 tahun.

Pada masa sama, beliau harap PKINK meneruskan tradisi dalam konsep perniagaannya, iaitu melaksanakan sikap adil, amanah, cekap dan mudah.

“Saya juga berharap dengan pengalaman yang ada pada Saudara Sabri PKINK lebih maju dan utuh khususnya dalam menghadapi suasana kelembapan ekonomi global sekarang,” ujarnya

KOTA BHARU, 1 Dis – Seramai 155 orang angota Unit Amal akan ditempatkan di setiap parlimen di seluruh Kelantan sebagai persiapan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di negeri itu.

Pengarah Unit Amal Negeri, Hafis Musa, ketika dihubungi memberitahu, bagaimanapun jumlah anggota itu akan ditambah bila-bila masa jika diperlukan mengikut keperluan.

“Setakat ini kami akan menempatkan setiap parlimen sekurang-kurangnya 10 orang anggota yang sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya.

Hafiz seterusnya berkata, memandangkan tugas unit tersebut begitu mencabar serta memerlukan kepakaran, baru-baru ini Unit Amal yang akan bertugas sewaktu banjir telah mengikuti latihan selama tiga hari dengan beberapa agensi kerajaan.

Selain itu, katanya Unit Amal juga akan menyediakan peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan, bot dan kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan unit terbabit membuat rondaan dan menyelamat.

Sambungnya lagi, antara kerja-kerja menyelamat yang akan dilaksanakan seperti pemindahan mangsa banjir ke pusat perpindahan di samping menjaga keselamatan harta benda mereka ketika mangsa di pusat perpindahan.

“Dalam masa yang sama Unit Amal juga akan mengedarkan buku panduan dan doa untuk menghindarkan diri dari bala khususnya pada musim banjir,” ujarnya.

Sementara itu, Unit Amal negeri kini dalam proses mengumpul dana bagi membantu mangsa banjir khususnya untuk menyediakan keperluan asas untuk mereka seperti selimut, tikar, makanan dan lain-lain keperluan yang penting.

“Dalam masa yang sama kami juga memerlukan bahan makanan, pakaian dan juga bekalan air bersih untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir selain sumbangan berbentuk kewangan,” ujarnya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Pengarah Unit Amal Negeri, Hafis Musa di talian 019-9817327 dan Setiausaha Unit Amal Negeri, Muhamad Hanif Wan Ahmad di talian 013-9420123.

Manakala sumbangan wang tunai ataupun cek boleh di masukan ke akaun Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) di atas nama Jabatan Amal Kelantan, no akaun 03018010118457

RANTAU PANJANG, 19 Feb  - Seramai 35 mangsa ribut di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Meranti tanpa mengira fahaman politik menerima sumbangan daripada Tabung Serambi Makah.

Sumbangan berkenaan disampaikan Adun Meranti, Ustaz Mohd Nassuruddin Daud baru-baru ini, bagi meringankan bebanan yang ditanggung mereka.

Ribut tersebut berlaku akhir tahun lepas menyebabkan 35 rumah rosak teruk.

“Setiap mangsa tanpa mengira mereka menyokong parti mana sekali pun diberi bantuan bagi meringankan bebanan yang dihadapi.

“Bantuan yang diberi mengikut jumlah kerugian yang dialami penduduk terlibat,” katanya yang juga Speaker Dun Kelantan.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk yang belum menerima sebarang bantuan membuat aduan melalui penghulu atau mengunjungi pusat khidmat wakil rakyat Dun Meranti untuk membolehkan tindakan lanjut diambil.

Sementara itu seorang mangsa kebakaran, Mohd Zulkifli Hussin, 49 di Dun Gual Periuk menerima sumbangan zink daripada Adun kawasan itu, Ustaz Mohammad Awang.

Sumbangan zink bernilai RM2,000 diberi sebagai tanda simpati di atas kejadian yang menimpa keluarga mangsa.

Kebakaran itu berlaku Oktober tahun lalu, di mana mangsa dianggar mengalami kerugian hampir RM500,000 yang memusnahkan empat unit kedai dan rumah kediamannya.

Mohd Zulkifli ketika ditemui melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada Adun berkenaan kerana membantu keluarganya bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggunng.

“Walaupun kebakaran ini telah memusnahkan segala-galanya, namun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat setelah berjaya meloloskan diri daripada api yang sedang marak,” katanya.

Mohd Sabri dilantik Ketua Eksekutif PKINK yang baru

Sumbangan berkenaan disampaikan Adun Meranti, Ustaz Mohd Nassuruddin Daud baru-baru ini, bagi meringankan bebanan yang ditanggung mereka.

Ribut tersebut berlaku akhir tahun lepas menyebabkan 35 rumah rosak teruk.

“Setiap mangsa tanpa mengira mereka menyokong parti mana sekali pun diberi bantuan bagi meringankan bebanan yang dihadapi.

“Bantuan yang diberi mengikut jumlah kerugian yang dialami penduduk terlibat,” katanya yang juga Speaker Dun Kelantan.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk yang belum menerima sebarang bantuan membuat aduan melalui penghulu atau mengunjungi pusat khidmat wakil rakyat Dun Meranti untuk membolehkan tindakan lanjut diambil.

Sementara itu seorang mangsa kebakaran, Mohd Zulkifli Hussin, 49 di Dun Gual Periuk menerima sumbangan zink daripada Adun kawasan itu, Ustaz Mohammad Awang.

Sumbangan zink bernilai RM2,000 diberi sebagai tanda simpati di atas kejadian yang menimpa keluarga mangsa.

Kebakaran itu berlaku Oktober tahun lalu, di mana mangsa dianggar mengalami kerugian hampir RM500,000 yang memusnahkan empat unit kedai dan rumah kediamannya.

Mohd Zulkifli ketika ditemui melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada Adun berkenaan kerana membantu keluarganya bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggunng.

“Walaupun kebakaran ini telah memusnahkan segala-galanya, namun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat setelah berjaya meloloskan diri daripada api yang sedang marak,” katanya.

Sumbangan berkenaan disampaikan Adun Meranti, Ustaz Mohd Nassuruddin Daud baru-baru ini, bagi meringankan bebanan yang ditanggung mereka.

Ribut tersebut berlaku akhir tahun lepas menyebabkan 35 rumah rosak teruk.

“Setiap mangsa tanpa mengira mereka menyokong parti mana sekali pun diberi bantuan bagi meringankan bebanan yang dihadapi.

“Bantuan yang diberi mengikut jumlah kerugian yang dialami penduduk terlibat,” katanya yang juga Speaker Dun Kelantan.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk yang belum menerima sebarang bantuan membuat aduan melalui penghulu atau mengunjungi pusat khidmat wakil rakyat Dun Meranti untuk membolehkan tindakan lanjut diambil.

Sementara itu seorang mangsa kebakaran, Mohd Zulkifli Hussin, 49 di Dun Gual Periuk menerima sumbangan zink daripada Adun kawasan itu, Ustaz Mohammad Awang.

Sumbangan zink bernilai RM2,000 diberi sebagai tanda simpati di atas kejadian yang menimpa keluarga mangsa.

Kebakaran itu berlaku Oktober tahun lalu, di mana mangsa dianggar mengalami kerugian hampir RM500,000 yang memusnahkan empat unit kedai dan rumah kediamannya.

Mohd Zulkifli ketika ditemui melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada Adun berkenaan kerana membantu keluarganya bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggunng.

“Walaupun kebakaran ini telah memusnahkan segala-galanya, namun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat setelah berjaya meloloskan diri daripada api yang sedang marak,” katanya.

Mangsa ribut, kebakaran dapat simpati Adun

RANTAU PANJANG, 19 Feb – Seramai 35 mangsa ribut di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Meranti tanpa mengira fahaman politik menerima sumbangan daripada Tabung Serambi Makah.

Sumbangan berkenaan disampaikan Adun Meranti, Ustaz Mohd Nassuruddin Daud baru-baru ini, bagi meringankan bebanan yang ditanggung mereka.

Ribut tersebut berlaku akhir tahun lepas menyebabkan 35 rumah rosak teruk.

“Setiap mangsa tanpa mengira mereka menyokong parti mana sekali pun diberi bantuan bagi meringankan bebanan yang dihadapi.

“Bantuan yang diberi mengikut jumlah kerugian yang dialami penduduk terlibat,” katanya yang juga Speaker Dun Kelantan.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk yang belum menerima sebarang bantuan membuat aduan melalui penghulu atau mengunjungi pusat khidmat wakil rakyat Dun Meranti untuk membolehkan tindakan lanjut diambil.

Sementara itu seorang mangsa kebakaran, Mohd Zulkifli Hussin, 49 di Dun Gual Periuk menerima sumbangan zink daripada Adun kawasan itu, Ustaz Mohammad Awang.

Sumbangan zink bernilai RM2,000 diberi sebagai tanda simpati di atas kejadian yang menimpa keluarga mangsa.

Kebakaran itu berlaku Oktober tahun lalu, di mana mangsa dianggar mengalami kerugian hampir RM500,000 yang memusnahkan empat unit kedai dan rumah kediamannya.

Mohd Zulkifli ketika ditemui melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada Adun berkenaan kerana membantu keluarganya bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggunng.

“Walaupun kebakaran ini telah memusnahkan segala-galanya, namun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat setelah berjaya meloloskan diri daripada api yang sedang marak,” katanya.

KOTA BHARU, 19 Feb – Penderitaan umat Islam di Palestin angkara rejim haram Israel turut dikongsi bersama rakyat Kelantan, apabila bantahan terhadap kebiadaban tersebut terus diadakan.

Malam semalam pelajar Maahad Darul Anuar Pulau Melaka menganjurkan program ‘Malam Jihad dan Pembebasan Al-Aqsa’ diadakan dengan kerjasama Aman Malaysia Cawangan Kelantan.

Program itu dihadiri ribuan penduduk tempatan dan pelajar sekolah terbabit.

Penolong Kanan Maahad Darul Anuar, Ustaz Nik Abdul Rahim Nik Abdul Aziz berkata, program itu diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang keganasan dilakukan rejim Israel di bumi Palestin.

Di samping katanya pelajar digalakkan menjadi penderma kepada saudara di Palestin yang kini sedang menderita.

“Saya berharap pelajar Maahad Darul Anuar seramai 300 orang menjadi pejuang Islam pada suatu hari nanti dan sentiasa berada di barisan hadapan dalam menghadapi segala pancaroba dunia,” katanya.

Guru sekolah berkenaan, Ustaz Che Mohd Fadhli Che Hamid berkata, kekejaman Israel tidak akan terhenti sekiranya umat Islam terus berdiam diri dan lambat laun keseluruhan bumi Palestin akan menjadi milik mereka.

“Saya menyeru adik-adik biar pun kita berada jauh daripada bumi Palestin, namun kita seharusnya menanam sifat kebencian terhadap rejim zionis.

“Kita juga hendaklah sentiasa berdoa supaya saudara kita di sana diberi kekuatan iman atau meninggal sebagai syahid,” ujar beliau.

Wakil Aman Malaysia Cawangan Kelantan, Ustaz Abdul Hadi Muhammad berkata, program seperti itu seharusnya diadakan di mana sahaja bagi menzahirkan bantahan umat Islam terhadap kekejaman rejim Yahudi.

Sempena program tersebut sejumlah RM1,424.60 bersama sebentuk subang dan gelang emas berjaya dikumpul hasil sumbangan pelajar dan ibu bapa. Wang tersebut akan diserahkan kepada Aman Malaysia.

Pelajar dan ibu bapa yang hadir turut meminjak bendera Israel yang diletak di laluan utama masuk ke dewan. – mj

Mangsa ribut, kebakaran dapat simpati Adun

RANTAU PANJANG, 19 Feb – Seramai 35 mangsa ribut di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Meranti tanpa mengira fahaman politik menerima sumbangan daripada Tabung Serambi Makah

Sumbangan berkenaan disampaikan Adun Meranti, Ustaz Mohd Nassuruddin Daud baru-baru ini, bagi meringankan bebanan yang ditanggung mereka.

Ribut tersebut berlaku akhir tahun lepas menyebabkan 35 rumah rosak teruk.

“Setiap mangsa tanpa mengira mereka menyokong parti mana sekali pun diberi bantuan bagi meringankan bebanan yang dihadapi.

“Bantuan yang diberi mengikut jumlah kerugian yang dialami penduduk terlibat,” katanya yang juga Speaker Dun Kelantan.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk yang belum menerima sebarang bantuan membuat aduan melalui penghulu atau mengunjungi pusat khidmat wakil rakyat Dun Meranti untuk membolehkan tindakan lanjut diambil.

Sementara itu seorang mangsa kebakaran, Mohd Zulkifli Hussin, 49 di Dun Gual Periuk menerima sumbangan zink daripada Adun kawasan itu, Ustaz Mohammad Awang.

Sumbangan zink bernilai RM2,000 diberi sebagai tanda simpati di atas kejadian yang menimpa keluarga mangsa.

Kebakaran itu berlaku Oktober tahun lalu, di mana mangsa dianggar mengalami kerugian hampir RM500,000 yang memusnahkan empat unit kedai dan rumah kediamannya.

Mohd Zulkifli ketika ditemui melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada Adun berkenaan kerana membantu keluarganya bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggunng.

“Walaupun kebakaran ini telah memusnahkan segala-galanya, namun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat setelah berjaya meloloskan diri daripada api yang sedang marak,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.