Mengapa Belajar Sejarah
Terasa ingin mengkaji apa itu sejarah.Adakah ia satu mata pelajaran tambahan di sekolah,sekadar memenuhi ataupun memperbanyakkan mata pelajaran di pusat-pusat pengajian.Terdetik difikiran ketika mana di zaman persekolahan,kemahuan untuk mengetahui sesuatu cerita amat tinggi akan tetapi masalah untuk mendapatkannya terlalu banyak halangan dan ujian yang perlu ditempuhi.Entah kenapa kita ni begitu susah untuk melawan benda-benda buruk dalam diri kita.Teringat ceramah Tok Guru Nik Aziz yang mana masih diingatan beliau ada mengatakan mengenai kehidupan manusia (ruh)dan nafsu.Kedua-dua benda ini diperumpamakan seperti lelaki dan perempuan.Memang tidak dapat dinafikankan,ianya adalah benda asasi yang tidak dapat ditolak salah satunya.Maka melalui islam sahajalah ia dapat dikawal.Jadi tidak ada sebab mengapa manusia perlu menolak agama islam
Berbalik kepada perkara yang ingin saya bicarakan disini iaitu tujuan mempelajari dan mengetahui sejarah.mungkin disini boleh saya berkongsi pandangan.
Sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan sejarah.Bagi saya mudah sahaja,sejarah ialah satu bentuk cerita lama yang telah belaku samada ia realiti mahupun fantasi.Ilmu sejarah bagi pengamatan saya ia merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu yang amat berguna pada manusia umumnya.Kemanisan ilmu ini dapat dicapai apabila kita betul-betul menghayati sesuatu perkara yang ingin kita ketahui,melihat padanya dan seterusnya mendapat faedah mengenainya.Mungkin ada dikalangan kita hanya mengetahui ataupun hanya menitikberatkan kepada sejarah nabi-nabi,sejarah rasulullah akan tetapi bagaimana dengan zaman selepasnya (zaman kini), perlu diketahui bahawasanya ilmu sejarah ini tidak akan kehabisan selagi mana dunia ini belum akhirat.
Ada sesetengah pihak cuba mempersendakan cabang ilmu ini bagi mereka tidak ada gunanya belajar sejarah,baca-baca lupa..bukan mendapat faedah pun.Sebenarnya persepsi ini perlu diubah dan seharusnya kita perlu memandang maju kehadapan.Sedar atau tidak ilmu ini dapat mematangkan diri kita,fikiran kita seterusnya dapat menggerakkan hati naluri agar sentiasa bersemangat untuk menghadapi dan mengharungi liku-liku mendatang.
InsyaAllah jika diberi ruang saya akan cuba mengupas mengenai sejarah Morocco,Andalus @ islam di sepanyol dan sejarah Palestin.
Like this:
Be the first to like this post.
Jun 21, 2009 at 1:12 pm
smg berhasil ya….